awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haji: Pertukaran jadual hanya untuk isu fiqh wanita dan kesihatan

Bernama
Bernama
10/06/2024
00:45 MYT
Haji: Pertukaran jadual hanya untuk isu fiqh wanita dan kesihatan
Rozila Omar Ali, Pengarah Operasi Mekah Lembaga Tabung Haji. - Foto Astro AWANI
MEKAH: Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan (KT) pulang jemaah haji hanya dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiqh wanita, kata Pengarah Operasi Mekah Lembaga Tabung Haji (TH) Rozila Omar Ali.
Beliau berkata jadual penerbangan pulang kebiasannya telah diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi dengan setiap KT telah diperuntukkan jadual.
"Kebiasaannya kita akan menerima permohonan untuk perubahan kepada jadual penerbangan disebabkan keperluan fiqh wanita yang memerlukan ia ditangguhkan... ini antara kes kita akan pertimbangkan.
"Sama ada jemaah wanita berkenaan akan diiringi mahramnya atau tidak, ia bergantung kepada permohonan tersebut. Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang permohonan kerana masih di peringkat awal," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di Mekah di sini baru-baru ini.
Semasa hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijah nanti, selepas melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Suhgra, Wusta, dan Kubra, seorang jemaah haji wajib melakukan tawaf haji dan jemaah wanita perlu berada dalam keadaan bersih daripada haid sebelum melakukan ibadah itu.
Jika masih berada dalam keadaan tidak suci semasa tiba tarikh penerbangan pulang, maka mereka boleh berhubung dengan pengurusan maktab untuk dipertimbangkan pertukaran jadual penerbangan pulang kerana wajib melaksanakan tawaf berkenaan yang merupakan rukun ketiga haji.
Beliau berkata pertimbangan juga diberikan terhadap jemaah yang kurang sihat atau sedang mendapat rawatan di Pusat Rawatan TH atau mana-mana hospital di Arab Saudi berdasarkan syor oleh pegawai perubatan.
"Sebarang keperluan lain, akan dinilai berdasarkan kes kerana sekiranya permohonan ini dibuka akan beri kesan terhadap pengurusan. Ini kerana pengisian penerbangan dilakukan secara optimum bagi memastikan kos keseluruhan ditangani secara berkesan.
"Jika berlaku terlalu banyak pergerakan ia akan memberi impak kepada pergerakan yang lain, jadi kita tidak galakan, kita hanya beri keutamaan kepada kes-kes tertentu sahaja," katanya.
Beliau berkata sekiranya ada keperluan mendesak, permohonan itu akan dibincangkan di peringkat maktab dan pengurusan, dan sekiranya tiada alasan, permohonan itu kebiasaannya ditolak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fiqh wanita
#kesihatan
#jemaah haji
#jadual penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan