MUNGKIN ada yang berpendapat bahawa murid bukan Cina di sekolah rendah Cina akan menambah beban kerja guru kerana terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan usaha untuk membimbing mereka.
Malah, kehadiran murid bukan Cina di sekolah berkenaan mungkin dilihat bakal mempengaruhi prestasi keseluruhan sekolah.
Namun, semua itu hanya persepsi segelintir pihak, memandangkan guru-guru yang pernah mengajar murid bukan Cina di sekolah terbabit tidak berpendapat sedemikian.
Sebagai tenaga pengajar, guru-guru tidak membuat tanggapan stereotaip terhadap murid berdasarkan kaum mereka.
Sebaliknya, mereka percaya bahawa setiap murid memiliki kebolehan pembelajaran yang berbeza.
Ia dipengaruhi beberapa faktor seperti latar belakang keluarga, sikap pelajar terhadap pembelajaran, selain kerjasama ibu bapa yang disifatkan sebagai penentu utama.
Para guru secara peribadi telah menyaksikan murid bukan Cina di sekolah rendah Cina mencapai keputusan cemerlang dengan prestasi luar biasa dalam aktiviti kokurikulum.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa kunci sebuah kejayaan terletak kepada kebolehan dan sikap pembelajaran murid, dan bukannya warna kulit mereka.
Ketua Mata Pelajaran Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Pulau Pinang, Ooi Sin Ee dan guru bahasa Cina, Choo Mooi Lin, percaya jika murid sanggup berusaha dan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran, mereka tidak akan ketinggalan.
Mooi Lin turut berkongsi satu kaedah pengajaran, di tempat duduk disusun supaya murid yang mempunyai kebolehan pembelajaran yang lebih baik ditempatkan bersebelahan dengan rakan yang lemah atau memerlukan perhatian khas.
Keadah itu katanya, membolehkan murid-murid terbabit bertindak sebagai tutor kepada rakan sebaya dan membantu rakan sekelas semasa sesi kerja rumah.
'Murid bukan Cina jadi contoh'
Berkongsi lanjut, Sin Ee dan Mooi Lin berkata, beberapa murid bukan Cina yang cemerlang dipilih sebagai pelajar contoh.
Salah seorangnya ialah bekas murid SJKC Union, Qaleeda Azz’dika Mohd Rosidi yang kini merupakan pelajar Tingkatan Dua di SMJK Union.
Dalam temu bual baru-baru ini, Qaleeda mengakui sepanjang menuntut ilmu di sekolah rendah Cina, dia berdepan banyak cabaran termasuk menghadapi kesukaran dalam menulis karangan.
Namun, hasil kerja keras dan kesungguhan, Qaleeda berjaya memperoleh Tahap Penguasaan (TP) 6 dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Manakala, bagi subjek Sains dan bahasa Mandarin, masing-masing TP5 dan TP4, pada peperiksaan akhir Tahun Enam.
"Sepanjang perjalanan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya yang banyak memberi dorongan kepada saya.
"Perkara utama yang saya pelajari ialah saya terpaksa membeli banyak buku kerja dan pergi ke kelas tuisyen. Anda hanya perlu membaca lebih banyak dan mendengar lebih banyak.
"Anda boleh mendengar lagu Cina dan menonton filem Cina. Saya masih belajar bahasa Cina di sekolah menengah.
"Saya amat berharap agar saya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia," kongsinya.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, Qaleeda aktif dalam aktiviti kokurikulum termasuk memenangi gelaran Ahli Kadet Remaja Perempuan Terbaik peringkat sekolah, selain menggalas tanggungjawab sebagai pengawas kelas dan pustakawan.
Semalam, Astro AWANI melaporkan berlaku trend peningkatan dalam kalangan murid bukan Cina yang memasuki SJKC, dengan ketika ini membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah pendaftaran di SJKC seluruh negara.
Artikel ini merupakan kolaborasi antara media bagi meneliti pengalaman dan cabaran yang dihadapi murid bukan Cina di sekolah rendah Cina menerusi Laporan Khas bertajuk 'SJKC: Realiti bagi murid bukan Cina'.
Ia melibatkan kerjasama lima media arus perdana iaitu Sin Chew Daily, Astro AWANI, Sinar Harian, The Star dan Malaysia Nanban.
Astro Awani
Mon Jun 10 2024
Sebagai tenaga pengajar, guru-guru tidak membuat tanggapan stereotaip terhadap murid berdasarkan kaum mereka. - Gambar hiasan/Sin Chew Daily
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.
Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong
Keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Fadhlina berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.
Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution
Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron
Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan
Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak
Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Mereka merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bagi pengisytiharan bahawa sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.