awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dulu guru pukul, balik rumah pun kena pukul' - Timbalan Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/10/2025
04:40 MYT
'Dulu guru pukul, balik rumah pun kena pukul'  - Timbalan Menteri
Menurut Kulasegaran, zaman sudah berubah dan masyarakat kini lebih peka terhadap hak serta keselamatan murid. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR : "Dulu ketika sekolah rendah, saya pernah dirotan guru. Bila balik rumah, beritahu bapa… saya pula kena rotan lagi. Itu zaman old school," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai tindakan pendakwaan ke atas dua guru sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang kerana merotan seorang pelajar.
Menurut Kulasegaran, zaman sudah berubah dan masyarakat kini lebih peka terhadap hak serta keselamatan murid.
Beliau menjelaskan, keputusan pendakwaan terhadap kedua-dua guru itu adalah prosedur yang dibuat Jabatan Peguam Negara, mengikut kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam hal ini, saya dimaklumkan Jabatan Peguam Negara telahpun mengeluarkan kenyataan semalam (Selasa) bahawa tindakan pendakwaan tersebut diambil bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara dan tiada pihak bertindak di luar batas undang-undang," katanya di sini, pada Rabu.
Kulasegaran turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam usaha memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak dipelihara.
Pada 6 Oktober lalu, media melaporkan dua guru dihadapkan ke mahkamah berasingan atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelajar sekolah pada dua tahun lalu.
Di Mahkamah Majistret 3, tertuduh, Choong Kean Beng, 59, yang kini sudah bersara didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dengan menggunakan rotan.
Jabatan Peguam Negara sebelum ini menjelaskan keputusan itu dibuat setelah penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan yang mendapati terdapat asas mencukupi bahawa kedua-dua orang guru yang dituduh tersebut telah melakukan tindakan melampaui peraturan yang ditetapkan.
Pada masa sama turut ditegaskan, pertuduhan tersebut dikemukakan bukan bertujuan untuk merendahkan martabat profesion perguruan.
Sebaliknya, ia dibuat setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuklah hak dan kebajikan pelajar terlibat yang merupakan pelajar berkeperluan khas.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kerajaan Madani
#guru didakwa
#Rotan Pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan