SEREMBAN: Minat yang mendalam terhadap tugasan berat dan lasak mendorong Normaisarah Ibrahim, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat tujuh tahun lepas demi memenuhi cita-cita menjadi seorang anggota bomba dan penyelamat.
Normaisarah berkata meskipun kerjaya berkenaan didominasi kaum lelaki, namun beliau mahu membuktikan dirinya setanding dengan mereka, sekali gus mampu menggalas tugas sebagai anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menempuh segala cabaran.
"Saya sukakan cabaran dan meminati kerjaya dalam bidang yang memerlukan kita bergerak aktif, oleh sebab itu saya beralih menjadi anggota bomba yang memang telah lama saya idamkan.
"Ditambah pula saya suka berinteraksi dengan masyarakat. Menerusi kerjaya ini, saya boleh menabur bakti kepada mereka menerusi aktiviti khidmat masyarakat, penyelamatan dan sebagainya," katanya kepada Bernama hari ini.
Anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini berkata, beliau mula berkhidmat sebagai anggota bomba pada 2017 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dan antara tugas pertamanya ialah memadam kebakaran dan tugasan khidmat khas seperti menyelamat mangsa kemalangan.
Bagaimanapun, Normaisarah berkata sejak tiga tahun lepas, beliau ditugaskan di unit khas medik Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) yang memberi perawatan awal kepada mangsa terlibat dalam kemalangan.
Berkelulusan Diploma Kejururawatan dari Masterskill University College of Health Sciences, Kuala Lumpur pada 2011, wanita kental ini berkata pengalamannya sebagai jururawat juga turut diaplikasikan ketika bertugas di unit EMRS dengan lebih baik.
"Dua hari lepas, saya terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan, dua maut dan tiga lagi cedera akibat tersepit. Melalui pengalaman, saya dapat menilai tahap kesedaran mangsa kemalangan dengan cepat serta memberi rawatan awal kepada mereka yang cedera sebelum dihantar ke hospital," katanya.
Bercerita lanjut, Normaisarah berkata antara tugasan yang paling mencabar ialah sewaktu melakukan penugasan kecemasan harian yang prosedurnya dilaksanakan dengan lebih ketat susulan negara dilanda pandemik COVID-19.
Jelasnya, setiap anggota perlu mematuhi prosedur operasi (SOP) ditetapkan iaitu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) walaupun berdepan dengan kes kecemasan biasa.
"Apabila menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan jalan raya atau kebakaran, kami perlu memakai PPE dalam keadaan cuaca panas ditambah perlu memegang hos seberat 16 kilogram untuk memadam kebakaran," katanya yang telah terlibat lebih 30 kes operasi memadam kebakaran dan khidmat khas.
Normaisarah menasihati golongan muda terutama wanita yang mahu menceburi kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat selain tidak mudah putus asa.
"Saya percaya kita sebagai wanita mampu mengalas tugas ini dengan baik setanding dengan lelaki," katanya yang menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai bomba wanita yang berjaya dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Normaisarah berkata antara tugasan yang paling mencabar ialah sewaktu melakukan penugasan kecemasan harian. - Gambar/ Bernama
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.
Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.
KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.