BACHOK: Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK) di sebidang tanah milik ibu bapanya di Kampung Panjang, di sini.
Mohd Zulkifli, 38, kemudian mengambil langkah berani untuk menukar daripada membela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.
Tiga tahun berselang, Mohd Zulkifli kini menjadi rujukan banyak pihak bukan sahaja dalam kalangan penternak malah beberapa agensi berkaitan apabila menunjukkan kejayaan dalam bidang tersebut.
"Kos membela lembu KK tinggi tetapi keuntungan kecil menyebabkan saya rasa tidak berbaloi, jadi saya tukar daripada bela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.
"Lembu hibrid atau lembu sado yang berusia lima hingga enam bulan harga dah mencecah lebih RM5,000 dan ini memberi pendapatan yang lebih kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Mohd Zulkifli yang lebih mesra di sapa 'Abe Zack' berkata walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid berbanding hanya tujuh ekor lembu KK, tiga tahun lalu.
"Hasil kejayaan yang dicapai mendapat perhatian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), mereka memberi sokongan apabila menyediakan geran kepada lima penternak lembu hibrid tahun lepas, jumlah tersebut meningkat kepada 13 peserta tahun ini.
"LPP mahu supaya ekosistem penternakan lembu hibrid yang baik diwujudkan dan pada masa depan projek lembu sado serta lembu pedaging berskala besar dapat dilaksanakan," kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.
Menurut Abe Zack sebagai mentor, beliau bertanggungjawab memberi latihan mengenai teknik penternakan yang betul termasuk kaedah terbaik mengurangkan kos makanan mamalia itu.
Bekas pemain bola sepak dan atlet olahraga Kelantan ini berkata menerusi beberapa pendekatan yang diambilnya, beliau sudah berjaya mengurangkan kos bahan makanan lembu hibrid peliharaannya.
"Satu perkara yang salah dalam aktiviti penternakan ini ialah orang akan beli lembu dahulu baru fikir mengenai makanan haiwan tersebut, saya pula ambil pendekatan berbeza apabila mengkaji dan melihat rutin pemakanan lembu.
"Saya tanam sendiri rumput napier dan rumput minyak selain itu di sekitar kawasan ladang ini sudah ada rumput liar.
"Di sekitar Bachok pula memang ramai petani yang menanam jagung, sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung sesuai dijadikan silaj jagung iaitu sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu.
"Saya beri lembu peliharaan makan tiga jenis rumput tersebut dan silaj jagung selain dedak, ini mengurangkan kos makanan kerana tidak terlalu bergantung kepada dedak sahaja," katanya.
Mohd Zulkifli berkata kejayaan beliau mewujudkan satu ekosistem penternakan yang baik dan mengurangkan kos telah mendapat perhatian pihak berwajib dan seterusnya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lain.
"Selain jadi mentor kepada penternak lain, saya juga sering membuat live melayan sahabat-sahabat di TikTok berkongsi pengalaman kaedah terbaik saya seperti untuk gemukkan lembu dan bantu lembu melahirkan anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Penternak, Mohd Zulkifli atau lebih mesra disapa 'Abe Zack' bersama lembu ternakannya ketika ditemui Bernama di Kampung Panjang di Bachok, Kelantan. - Foto Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
[TERKINI] Dagangan sekuriti MAHB digantung, menanti pengumuman penting
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan. Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
Dulu ligat di padang, kini mentor perternakan lembu sado
Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK).