awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza

Bernama
Bernama
03/12/2023
02:57 MYT
DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan Israel yang menyambung serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lepas, selepas tujuh hari gencatan senjata.
ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengutuk tindakan Israel yang menyambung serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza Jumaat lepas, selepas tujuh hari gencatan senjata.
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, serangan rejim itu sebaik sahaja berakhir gencatan senjata telah mengakibatkan 178 rakyat Palestin terkorban termasuk kanak-kanak.
"Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis bersetuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Dalam menzahirkan simpati atas pemergian rakyat Palestin akibat serangan terbaharu rejim itu, beliau mengalu-alukan kehadiran 15 pelajar Palestin sebagai pemerhati di persidangan hari ini.
Sebelum gencatan senjata bermula, ribuan rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Israel susulan pertempuran yang tercetus antara pihak berkuasa Gaza, Hamas dan rejim itu pada 7 Okt lepas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memberi jaminan 100 peratus sumbangan yang diterima dalam kempen solidariti Palestin akan disalurkan kepada penduduk Gaza yang sedang diserang rejim Zionis.
Setakat 19 Nov lepas, pihaknya telah menyerahkan sejumlah RM2.58 juta sumbangan rakyat negeri ini melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia Kementerian Luar.
"Alhamdulillah, 100 peratus kutipan kita terima disampaikan kepada kementerian, dan saya yakin jumlah itu juga sampai kepada penduduk Gaza sepenuhnya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian di luar persidangan DUN Johor selepas menerima sumbangan daripada penduduk Felda Pengeli Timur untuk tabung berkenaan yang disampaikan Pengerusi Masjid Darun Nadwa, Saiddin Othman.
Mohd Fared seterusnya mengingatkan agar orang ramai agar memilih institusi yang diabsahkan untuk menyalurkan sumbangan mereka demi manfaat rakyat Palestin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Johor
#kutuk Israel
#israel serang gaza
#Speaker DUN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan