Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14, pada Rabu meluluskan sebulat suara usul tergempar menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Usul dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sebelum dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.
Shahaniza, ketika membentangkan usul berkenaan, berkata asas kepada bantahan itu ialah sepanjang lebih 61 tahun Malaysia merdeka, tiada bukti berlakunya bentuk diskriminasi kepada mana-mana kaum yang menjadi rakyat di negara ini.
Sementara itu Shahril Azman Al-Hafiz (Pas-Jengka) dalam perbahasannya, menyokong usul berkenaan dan menegaskan bahawa kerajaan Pusat perlu menolak sebarang usaha menandatangani perjanjian itu bagi mengelak keharmonian dikecapi negara ketika ini terjejas.
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (BN-Pelangai) berkata, ratifikasi ICERD ini tidak menjejaskan secara umumnya aspek perundangan negara.
Bagaimanapun, katanya ia tidak perlu ditandatangani kerana boleh menimbulkan impak yang negatif terhadap hubungan antara kaum di negara ini.
Sementara itu, sesi perbahasan selama sejam 45 minit itu kemudian ditamatkan Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad selepas Andasura Rabu (PAS-Beserah) menyatakan sokongan terhadap usul berkenaan menyaksikan ia diluluskan tanpa bantahan daripada semua 42 ADUN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 21 2018

Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan. - Astro AWANI

Badminton Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik melangkah ke final!
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final menyingkirkan pasangan tuan rumah sebentar tadi.

Peningkatan ketagihan dalam kalangan belia, gesa larangan vape di seluruh negara - Lee
Larangan terhadap penggunaan produk vape perlu segera dikenakan di seluruh negara bagi menangani peningkatan risiko kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan belia.

Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menamatkan pendudukan dan membayar pampasan.

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

PRN Sabah: BN sedia bekerjasama dengan parti tempatan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BH) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik tempatan di Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

PRN Melaka: 'Yang bawah tak perlu provokasi' - Puteri UMNO
Puteri Umno menasihatkan pimpinan pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membuat provokasi terhadap parti itu berhubung isu pembahagian kerusi DUN Melaka.

PRN Sabah: BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coalition' PH-BN-GRS - Ahmad Zahid
BN akan memperhalusi cadangan pembentukan gagasan mega dengan PH dan GRS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

BN tidak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Akmal Saleh
Akmal berkata, semasa rundingan menjelang PRN lalu, PH sukar untuk setuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponennya kepada BN.

PRK Ayer Kuning: Tun Faisal sanggah saranan penganalisis agar Muhyiddin letak jawatan
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata kekalahan PN di PRK DUN Ayer Kuning tiada kaitan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PM minta kerajaan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di DUN Ayer Kuning - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan dalam PRK DUN Ayer Kuning.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning: BN menang besar, majoriti 5,006 undi
Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi Abdul Muhaimin yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon PSM, Bawani KS mendapat 1,106 undi.

PRK Ayer Kuning: Kadar keluar mengundi rendah dijangka beri kelebihan kepada BN – Penganalisis
Gabungan undi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di kawasan tertentu menunjukkan peralihan sokongan pengundi Melayu ke arah kestabilan politik.