IPOH: Kerajaan Negeri Perak bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan RM5.55 juta kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di negeri ini pada tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penyaluran bantuan per kapita itu bertujuan untuk pengurusan sekolah-sekolah tersebut.
Menurutnya, angka berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah RM7.27 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, juga melalui agensi masing-masing.
Antara agensi yang turut terlibat adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
“Selain itu, turut disalurkan, bantuan naik taraf dan selenggara bangunan atau infrastruktur sebanyak RM1.64 juta serta bantuan internet guru bagi tujuan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebanyak RM76,700.
“Jumlah keseluruhan bantuan untuk pengurusan sekolah, naik taraf dan selenggara bangunan dan infrastruktur serta internet guru adalah sebanyak RM7.27 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zainun Mat Noor (BN-Chenderoh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14, di sini, hari ini.
Sementara itu, Zainun dalam soalan tambahannya bertanya mengenai kesediaan kerajaan negeri dalam membantu sekolah-sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), terutama yang berkeadaan daif.
Saarani memaklumkan, kerajaan negeri bersedia, malah pada setiap sesi pembentangan belanjawan tahunan, akan menyediakan sebahagian peruntukan untuk perkara berkenaan.
“Jika ada, Yang Berhormat boleh membuat apa-apa permohonan untuk diadakan sesi penilaian teknikal yang membabitkan Pejabat Tanah dan Daerah,” jelas beliau.
Selain itu, Datuk Samsuddin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning) mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan negeri untuk memperkasakan lagi institusi maahad tahfiz di Perak.
Antaranya, mewujudkan pusat latihan pengurusan tahfiz, pusat latihan akademik al-Quran, pusat lanjutan tahfiz dan pengajian kitab, pusat lanjutan tahfiz dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), serta pusat lanjutan tahfiz dan pertanian.
Menteri Besar berkata kerajaan negeri sedia memperhalusi cadangan berkenaan yang pernah dikemukakan Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) sebelum ini.
Amirrul Rabbani
Wed Mar 30 2022
Saarani berkata, kerajaan negeri sedia membantu sekolah KAFA terutama yang daif dan menyediakan sebahagian peruntukan untuk perkara berkenaan pada setiap sesi pembentangan belanjawan. - Gambar fail
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau berhubung peruntukan sekolah agama rakyat.
DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR
Saarani berkata, penyaluran bantuan per kapita itu bertujuan untuk pengurusan sekolah-sekolah tersebut.
SAR, tahfiz, sekolah pondok perlu berdaftar untuk terima bantuan kerajaan
Tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok yang tidak berdaftar disaran untuk berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan kerajaan berjumlah RM100 juta yang disalurkan Kementerian Kewangan.
Agihan RM25 juta SAR, SAP, SAN ikut keperluan - Maszlee
Peruntukan tambahan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, sekolah agama persendirian dan sekolah agama negeri akan diagihkan mengikut keperluan
Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.