KOTA KINABALU:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.
Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata belanjawan itu diluluskan dengan suara terbanyak ahli mesyuarat.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tidak timbul isu kerajaan Sabah bergantung pada kerajaan Persekutuan dalam hal-hal tertentu kerana kerajaan Persekutuan juga milik rakyat Sabah.
"Kerajaan Persekutuan itu juga dibentuk oleh rakyat di Sabah, dan Kerajaan Persekutuan juga dianggotai oleh para pemimpin serta penjawat awam dari negeri ini," katanya.
Sebaliknya kata beliau, kerjasama rapat di antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat diperlukan bagi membantu rakyat Sabah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum yang membolehkan kerajaan Sabah menerima pembayaran secara berterusan.
"Perlu juga ditegaskan kita harus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menunaikan komitmen memastikan Petronas melunaskan hak dan kepentingan rakyat serta negeri Sabah," katanya.
Cukai itu merupakan penyumbang terbesar dengan anggaran hasil RM1.25 bilion atau 27.9 peratus daripada keseluruhan hasil negeri pada 2021.
Selain itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menjelaskan mengenai Bon RM1 bilion.
"Untuk makluman, semasa penerbitan Bon RM1 billion pada tahun 2014, di atas saranan Bank Negara Malaysia, kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Amanah (Sinking Fund) bagi pembayaran balik bon.
"Kerajaan negeri juga telah mencarum ke dalam kumpulan wang amanah ini pada setiap tahun agar tidak membebankan apabila pembayaran satu bullet payment pada tarikh matang bon berkenaan iaitu tahun 2019," katanya.
Bernama
Wed Dec 23 2020
Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum yang membolehkan kerajaan Sabah menerima pembayaran secara berterusan.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
DUN Sabah luluskan Belanjawan negeri 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.