Skip to main content

Malaysia

DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri - Abdul Karim

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata belanjawan itu, bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang. - Gambar fail
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata belanjawan itu, bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang. - Gambar fail

Advertisement

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata belanjawan itu, bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Sarawak juga tidak akan membiarkan DUN Sarawak terbubar dengan sendiri pada Februari 2027, apabila mandat kerajaan negeri berakhir.

“Jarang sekali Menteri Besar, Ketua Menteri dan dalam konteks Sarawak, Premier akan membiarkan DUN terbubar sendiri, biasanya mereka akan mohon pembubaran.

“Jadi apabila kita lihat sekarang ini bulan Oktober dan seterusnya November dan Disember tinggal berapa bulan lagi, kita perlu adakan pilihan raya tidak lama lagi.

“Tarikhnya (pembubaran) mungkin pada bila-bila masa pada November untuk  pembubaran, sama ada selepas bajet Sarawak atau mungkin dua minggu selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2026 di sini, hari ini.

Menurut laporan media, persidangan DUN Sarawak akan berlangsung dari 12 hingga 21 Okt.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement