SHAH ALAM: Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.
Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Ia menyaksikan bermula hari ini Selangor ditadbir oleh kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
Selangor mengikuti Kelantan yang telah membubarkan DUN semalam, diikuti Pulau Pinang serta Kedah dijangka pada 28 Jun, Negeri Sembilan pula dua hari kemudian, manakala Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN ketika tempoh akhir penggal akan tamat pada 30 Jun.
Selangor mempunyai 56 DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 51 kerusi meliputi PKR (21), DAP (16), Amanah (lapan) dan Bersatu (enam).
Barisan Nasional (BN) dan PAS pula masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia.
Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH, manakala kerusi Semenyih berjaya dirampas BN.
Ekoran Langkah Sheraton, kerajaan PH Selangor pada 5 Mac 2020 bertindak menyingkirkan Bersatu daripada gabungan itu, menyebabkan mereka kehilangan lima kerusi milik Bersatu yang dimenangi pada PRU-14.
Selain itu, tiga bekas ADUN yang dipecat dari PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa); Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Haniza Mohamed Talha (Ampang Jaya) serta ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi yang keluar dari parti itu juga turut menyertai Bersatu.
Namun pada tahun lepas, Haniza dan Dr Daroyah telah mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Bilangan kerusi Bersatu semakin mengecil apabila ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin meninggalkan parti itu dengan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADUN Batang Kali Harumaini Omar menyertai parti Pejuang.
Pada 16 Feb lepas, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali diisytiharkan kosong ekoran penyandangnya Harumaini, tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tiada pilihan raya kecil diadakan berikutan pengisytiharan tersebut.
Keadaan politik di Selangor tambah menarik apabila dua ADUN Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, masing-masing mewakili DUN Meru dan Sabak membuat kejutan dengan menyertai PKR, sekutu mereka di dalam PH.
Selain itu, kerusi DAP di Selangor turut berkurangan apabila ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan.
Mengikut parti politik, komposisi DUN Selangor sebelum dibubarkan terdiri daripada 19 wakil PKR, DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat PRK diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia. - Gambar Bernama
Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau
Sasarannya untuk menghasilkan 500 megawatt elektrolisis dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkatkan pengeluaran hidrogen rantau ini.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM
Modul ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat.
Permintaan minyak dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta bpd pada 2024 - OPEC
Tahun ini, OPEC melihat permintaan minyak meningkat sekitar 2.2 juta tong sehari, pertumbuhan tahun ke tahun.
PM Albania didakwa bersekongkol dalam 'empayar jenayah'
Parlimen Albania pada Khamis bertukar menjadi medan pertempuran, apabila ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan yang juga penyokong kuat pembangkang, berhimpun di perkarangan bangunan itu. Keadaan menjadi agresif apabila himpunan yang menolak kepimpinan Perdana Menteri, Edi Rama itu bersemuka dengan polis yang cuba mengawal keadaan di lokasi.
Seorang maut, puluhan cedera kemalangan trem di Rusia
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan trem tersebut dilihat bergerak laju di sepanjang laluan trem di Kemerovo dengan dua penumpang terkeluar daripada trem.
'Bekal senjata kepada Ukraine? Tunggu padahnya...'
Negara yang bersekongkol membekalkan senjata buat Ukraine khususnya negara-negara barat dalam berdepan perang ketika ini pasti akan menerima padahnya.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Sepanyol sertai Afrika Selatan, Ireland heret Israel ke ICJ
Sepanyol tampil tegas dengan menyertai gema suara Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam mengheret Israel ke muka pengadilan. Negara yang bersama menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) itu tidak gentar sama sekali dengan pendirian berbeza dari negara-negara lain dibawah blok barat itu, malah sebelum ini dengan beraninya mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara rasmi.
Pemandu teksi 'korbankan' kereta demi hidupkan semula minat membaca
Semuanya bermula dua tahun lepas dan dia menggerakkan “Teksi Buku” kerana mahu semua orang dapat membaca, tak kira di mana, dan tidak kira miskin atau kaya.
Hubungan anak angkat, keluarga asal beza agama tetap utuh
Perkongsian kisah Halimah Enn, jemaah haji dari Sarawak yang selama 60 tahun dilimpahi kasih sayang tidak berbelah bagi daripada keluarga asal dan keluarga angkat, yang menjadikannya sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t
SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah
Watikah itu diterima Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O.P. Andu yang diserahkan Setiausaha DUN Kedah Mohamad Azlee Ahmad di Wisma Darul Aman.
DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka
Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.