awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Selangor guna pakai bahasa isyarat mulai tahun depan - Hannah Yeoh

Bernama
Bernama
08/11/2016
11:38 MYT
DUN Selangor guna pakai bahasa isyarat mulai tahun depan - Hannah Yeoh
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya kini sedang menjalankan percubaan penggunaan bahasa isyarat itu sehingga Jumaat ini bagi menguji keberkesanannya dalam persidangan DUN nanti. - Foto BERNAMA
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan memulakan penggunaan bahasa isyarat secara rasmi mulai tahun depan bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) memahami segala dasar kerajaan yang digubal untuk rakyat di negeri ini.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya kini sedang menjalankan percubaan penggunaan bahasa isyarat itu sehingga Jumaat ini bagi menguji keberkesanannya dalam persidangan DUN nanti.
"Kemudahan bahasa isyarat ini dijalankan dengan kerjasama TV Selangor, saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor. Persidangan dewan boleh diikuti secara langsung menerusi TV Selangor," katanya dalam sidang media selepas selesai persidangan DUN di sini hari ini.
Yeoh berkata Selangor menjadi negeri pertama mengguna pakai penggunaan bahasa isyarat dalam sesi persidangan dewan dan para sukarelawan dari Persatuan Orang Pekak Selangor akan membantu mengendalikan bahasa isyarat itu.
Sidang dewan disambung esok. - Bernama
Topic Berkaitan
#bahasa isyarat
#DUN Selangor
#Hannah Yeoh
#OKU
#Orang Kurang Upaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan