KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021), yang antara lain akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan spesies hidupan marin itu.
Semasa membentangkan enakmen tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata ia bertujuan melindungi dan mengelakkan kepupusan semua spesies penyu termasuk tuntung laut.
"Ia perlu dipinda supaya pengharaman penjualan semua spesies penyu dapat dikuatkuasakan dan melarang sama sekali mana-mana individu daripada memiliki hidupan laut tersebut kecuali bagi tujuan yang dibenarkan," katanya.
Ketika ditemui pemberita selepas sesi persidangan DUN, Dr Azman berkata pindaan tersebut akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun tahun depan, yang turut melibatkan larangan penjualan telur penyu untuk semua spesies.
"Berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, Terengganu satu-satunya negeri yang membenarkan penjualan telur penyu. Sebelum ini, hanya telur penyu belimbing sahaja yang tidak dibenarkan untuk dijual, tetapi penyu spesies itu sudah lima atau enam tahun tidak kelihatan lagi mendarat di mana-mana pantai di Terengganu. Jadi enakmen sebelum ini sudah tidak relevan lagi," katanya.
Pindaan enakmen tersebut juga melibatkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini.
Selain itu menurutnya, Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) juga akan mewajibkan semua bot pelancong memasang pelindung kipas bot bagi mengelakkan kematian penyu.
"Selepas ini bot yang membawa pelancong untuk tengok penyu dan sebagainya perlu ada pelindung kipas sebab banyak kes penyu mati terkena kipas bot. Haiwan ini jinak, apabila bot datang dia (penyu) pun berenang dekat dengan bot, tetapi pemandu bot tidak sedar ada penyu di bawah bot," katanya.
Dalam pada itu, pindaan enakmen tersebut juga membolehkan penubuhan Tabung Amanah Pemeliharaan Penyu bertujuan menjalankan aktiviti pendidikan dan pemuliharaan, selain membeli semula telur-telur penyu daripada pemajak ekoran penguatkuasaan larangan penjualan telur penyu.
Beliau juga percaya larangan penjualan telur penyu bagi semua spesies tidak mendatangkan implikasi besar kepada penjual memandangkan aktiviti tersebut hanya pendapatan sampingan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Pindaan enakmen tersebut juga melibatkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini. - Gambar/ Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu
Kata Ahmad Samsuri, perkara yang paling penting adalah memastikan matlamat sesuatu sidang diadakan itu tercapai dan berjalan dengan baik.
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
PRN: Terengganu belum putuskan tarikh bubar DUN - Ahmad Samsuri
Tarikh-tarikh tertentu berkenaan PRN sudah difikirkan, namun, ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Terengganu dahulu untuk diperkenan baginda.
Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco
Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB
Ahmad Samsuri berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.