awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia global semasa tuntut pemain industri pelancongan kreatif dan inovatif

Bernama
Bernama
02/08/2024
15:33 MYT
Dunia global semasa tuntut pemain industri pelancongan kreatif dan inovatif
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah sektor pelancongan mesra Muslim sudah semestinya memberikan pulangan ekonomi kepada masyarakat dan negara serta wajar sentiasa diperkasa secara konsisten, berterusan dan inklusif. - Gambar ITC
KANGAR: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dunia global semasa menuntut pemain industri pelancongan untuk memasarkan produk pelancongan mereka secara kreatif dan inovatif.
Baginda bertitah sehubungan itu, penguasaan terhadap kaedah pemasaran kreatif dan inovatif menggunakan media sosial serta teknologi kecerdasan buatan amat penting bagi memastikan capaian lebih meluas kepada masyarakat umum sama ada di dalam mahupun luar negara.
"Sama ada kita sedar atau tidak, media sosial telah menjadi instrumen utama bagi memasarkan produk-produk pelancongan yang kita miliki," titah baginda ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Awal Bulan Pelancongan Islam 2024 (ITM 2024) di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) Nizran Noordin.
Menyentuh mengenai ITM, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah ia adalah satu penzahiran kepada komitmen berterusan kerajaan bagi mempromosikan sektor pelancongan mesra Muslim di Malaysia.
Baginda bertitah sektor pelancongan mesra Muslim sudah semestinya memberikan pulangan ekonomi kepada masyarakat dan negara serta wajar sentiasa diperkasa secara konsisten, berterusan dan inklusif.
"Saya percaya pihak Kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) akan terus memberikan tumpuan dan usaha bagi memposisikan produk pelancongan mesra Muslim kita di persada antarabangsa dengan kaedah pemasaran dan promosi yang terkini lagi inovatif," titah baginda.
ITM 2024, yang dijadual berlangsung dari 16 Ogos hingga 30 Sept dengan menyasarkan 250 rakan strategik, akan menyertai bulan pelancongan itu bagi menawarkan pelbagai produk menarik kepada pelancong, penggiat dan usahawan industri berkenaan.
ITC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Hari Terbuka Masjid, yang bakal dianjur bersama masjid terkemuka di seluruh negara, akan dimasukkan dalam kalender ITM 2024 iaitu menyediakan lawatan berpandu dan aktiviti menarik kepada semua lapisan masyarakat.
Untuk rekod, ITC ialah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang diberi mandat membentuk segmen pelancongan Islam bagi Malaysia dengan antara lain mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim (MFT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#media sosial
#pelancongan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan