awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
05/07/2021
22:18 MYT
Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman
Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula pada Sabtu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan membabitkan kebun-kebun haram termasuk durian Musang King dalam HSK Batu Talam. - Astro AWANI
KUANTAN: Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan dan ia bukan isu perkauman seperti yang didakwa.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerja-kerja penguatkuasaan itu dilakukan di luar kawasan kebun yang dimiliki Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
"Operasi dan kawasan penguatkuasaan yang dilakukan ini mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.
"Ini adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguat kuasa.
"Jadi, saya berharap ia tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina), Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BACA: Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
Jelasnya, tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula pada Sabtu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan membabitkan kebun-kebun haram termasuk durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, berkeluasan 101.17 hektar.
Wan Rosdy menambah, operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan HSK Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.
"Semalam (Ahad) 18 pekebun durian Musang King telah ditahan di Ibu pejabat Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara.
"Sebelum itu, empat ditahan dan menjadikan 22 individu yang ditahan dalam tempoh 2 hari operasi tersebut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Pahang
#Mahkamah Rayuan
#undang-undang
#PDRM
#durian
#Batu Talam
#Musang King
#operasi penguatkuasaan
#Hutan Simpan Kekal
#HSK
#tindakan bersepadu
#pekebun durian
#perkauman
#penguat kuasa
#penasihat undang-undang negeri
#LA
#kebun haram
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan