awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-sukan bantu bentuk modal seimbang di kalangan pelajar - Muslimin Yahaya

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2020
05:46 MYT
E-sukan bantu bentuk modal seimbang di kalangan pelajar - Muslimin Yahaya
Pertandingan e-sukan boleh memandu generasi muda bermain sukan itu secara positif tanpa mengabaikan pelajaran. - Foto Astro AWANI
Pertandingan Generasi E-Sukan Sekolah Selangor (GES) dilihat mampu menyumbang ke arah pembentukan modal insan yang seimbang, kata Timbalan Menteri Pendidikan 1, Muslimin Yahaya.
Beliau berkata, pertandingan seumpama itu boleh memandu generasi muda bermain sukan itu secara positif, dan pada masa yang sama, mendidik mereka tentang kaedah bermain e-sukan secara sihat menerusi GES.
“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menggalakkan penganjuran program seperti ini. Saya percaya program GES ini berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang seimbang.
“Semoga pertandingan ini menjadi modus operandi yang baik bagi membuka platform kepada para peserta, untuk menonjolkan bakat mereka, supaya ia dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Terdahulu, wakil dari empat buah sekolah diraikan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sempena majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan GES pusingan kedua anjuran kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Selangor dan GenBijakDotMy yang ditaja oleh Telekom Malaysia (TM) dan realme.
Dalam satu siaran media, penganjur berkata, hanya pelajar yang mempunyai rekod kehadiran cemerlang sahaja dibenarkan untuk mewakili sekolah ke pertandingan e-sukan secara atas talian yang diadakan sebanyak enam fasa dan sekarang sudah pun memasuki fasa kedua dan dijangka berakhir pada Januari tahun hadapan.
Pertandingan ini diadakan secara atas talian sepenuhnya bagi mendukung aspirasi digital Malaysia dan pada masa yang sama mengurangkan risiko penularan COVID-19.
Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan.
Keputusan Kejohanan PubG
Kategori Sekolah Menengah
Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 Naib Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long
Kategori Sekolah Rendah Johan: Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs Naib Johan: Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Tempat Ketiga: Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang
MLBB Kategori Sekolah Menengah Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah Naib Johan: Sekolah Menengah Jalan REKO Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Taman Desaminimum
MLBB Kategori Sekolah Rendah Johan: Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan Naib Johan: Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Tempat Ketiga: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Subang
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#e-sukan
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#menteri
#mlbb
#Muslimin Yahaya
#pendidikan
#pubg
#Timbalan Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan