SETIAP tahun acara ini dilakukan. Ada yang serius mematuhinya, dan ada pula yang sinis.
Mereka yang sedar bukan sahaja akan mengikutinya, malah disertai langkah-langkah dan ikrar lanjutan, untuk menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami umat manusia dan segala makhluk hidup yang lain.
Tarikh 30 Mac tepat pukul 8.30 malam, walau di mana saja waktu yang berdetik itu tiba di zon-zon yang berbeza di dunia ini, kita bakal menyaksikan kegelapan selama sejam.
Penduduk dunia sejak lebih sedekad lalu bersatu dalam Earth Hour. Lampu dan kuasa elektrik yang dipadam sebentar, dari New Zealand ke Malaysia, Jepun ke Rusia, India ke Eropah, malah ke Amerika Syarikat, Kanada hinggalah ke kepulauan kecil di sudut-sudut lautan dunia, turut menyertainya.
Jutaan malah berbilion lagi manusia melaungkan hasrat dan impian dalam gelap, kerana bagi kita penghuni planet Bumi ini, alam yang kita diami ini begitu penting.
Ini misi dan visi kita bersama, untuk kita buktikan bahawa kita peduli tentang isu perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.
Semuanya itu berlaku gara-gara selama ini kita terlalu selesa dengan kepentingan diri sendiri, lantas tidak sedar tentang bekalan kuasa yang kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari, secara langsung mengakibatkan permasalahan tersebut.
Mesti ada juga suara-suara yang mengatakan langkah memadamkan lampu ini tidak akan mengubah apa-apa.
Namun, setiap daripada kita yang menyertai kempen Earth Hour ini ada cita-cita tinggi, dan percaya ia mampu meninggalkan kesan baik secara tidak langsung.
Bersama, kita sebenarnya menyertai usaha mencetus masa depan baharu yang boleh membawa perubahan dalam dunia yang kita kongsi ini, bukan saja untuk generasi semasa, malah untuk warisan anak, cucu, cicit kita dan seterusnya.
Sepanjang kempen ini dilakukan sejak dekad lalu, peringatan tentang Earth Hour disertai pelbagai inisiatif tentang iklim dan alam sekitar, membantu pembikinan polisi berkaitan iklim, mencetuskan kesedaran dan langkah menyelamat yang berangkai-rangkai di seluruh dunia.
Antara kejayaan penduduk dunia sebagai rentetan daripada kempen ini adalah menghasilkan kawasan marin terlindung seluas 3.5 juta hektar di Argentina, menyelamatkan 2,700 hektar hutan di Uganda, pengharaman penggunaan palstik sepenuhnya di Galapagos, gerakan penanaman berjuta-juta pokok di Kazakhstan, mencipta kejiranan dengan kuasa solar di India dan Filipina, dan banyak lagi.
Semua itu menjadi nyata kerana manusia biasa seperti kita semua membuat keputusan bijak, bahawa inilah masanya untuk berubah!
Dan ingat, kempen Earth Hour bukan sekadar padam lampu selama sejam... sebaliknya apa yang dilakukan setiap daripada kita selepas itu!
Berikut adalah antara foto yang dapat dirakamkan sempena kempen Earth Hour kali ini:
Astro Awani
Sat Mar 30 2019

Kuala Lumpur juga bakal bergelap lagi sebagai menyokong kempen Earth Hour. - Gambar fail

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menjadikan Earth Hour lebih bermakna
ilmu yang berpanjangan akan memastikan pasukan kita terus mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Drawbridge bergelap sejam kerana Earth Hour
Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge bergelap selama sejam bagi menyahut kempen Earth Hour yang bertemakan 'Invest On Our Planet' pada malam Sabtu.

Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.

7 fakta menarik tentang Earth Hour
Acara itu yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) disambut setiap tahun sebagai simbol komitmen terhadap planet.

Selangor laksana kempen Earth Hour Sabtu ini
Kempen Earth Hour di Selangor akan menyaksikan lampu elektrik yang "fungsinya bukan penting" di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan kediaman, dipadamkan selama sejam bermula pukul

Earth Hour: Kota dunia termasuk Kuala Lumpur bergelap seketika
Lampu dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di beberapa bangunan ikonik di ibu kota.

#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar
WWF-Malaysia menyediakan platform untuk rakyat menyuarakan masalah alam sekitar kepada Exco masing-masing.

Jakarta terputus bekalan elektrik besar-besaran, ramai 'naik angin'
Jakarta, wilayah yang dihuni warga yang populasi sebesar negara Malaysia, hari ini mengalami gangguan elektrik besar-besaran.

Mercu tanda dunia bergelap sempena Earth Hour
Mercu tanda dunia yang bergelap termasuk Menara Eiffel di Paris; Colosseum di Rom; bangunan Empire State di New York dan Sydney Opera House, di Australia.

Earth Hour: Bukan sekadar matikan lampu. Ini 5 perkara anda boleh lakukan!
Tahukah anda, selain daripada menutup lampu, banyak lagi yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan bumi?