awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-Bazar: Restoran disaran jadi hab pengumpulan makanan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/04/2020
12:43 MYT
E-Bazar: Restoran disaran jadi hab pengumpulan makanan
Restoran disaran jadi hab pengumpulan makanan pada bulan Ramadan sepanjang tempoh PKP
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi pasti mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai yang sememangnya bergantung kepada jualan di bazar Ramadan khususnya bagi warga kota dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik COVID19.
Justeru, Pengasas Terato Tech, Reza Razali menyarankan agar pemilik restoran menjadikan premis mereka sebagai hab untuk mengumpulkan juadah berbuka puasa, sekali gus sebagai transit utama bagi perkhidmatan penghantaran makanan serta mampu menjimatkan kos penghantaran.
Katanya menerusi alternatif ini juga, ia dapat membuka peluang terutamanya bagi golongan peniaga kecil yang tidak dapat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mampu untuk turut serta mendapatkan keuntungan ketika bulan Ramadan.
“Selain tertumpu pada satu menu, pemilik restoran mampu untuk bawa masuk menu dari golongan peniaga kecil dan dapat dikumpulkan di satu tempat.
“Kos penghantaran mungkin agak mahal tetapi dengan cara ini pengguna cuma perlu bayar satu kadar minima untuk caj penghantaran berbanding caj yang berlainan bagi satu lokasi," katanya menerusi program temu bual Agenda Awani pada Jumaat.
Jelas beliau, terdapat kebaikan meskipun golongan peniaga terpaksa berdepan cabaran untuk memperoleh hasil jualan khususnya bagi peniaga di bazar Ramadan sepanjang tempoh PKP namun situasi ini membuka ruang bagi mereka untuk menceburi platform digital dalam usaha memasarkan perniagaan mereka.
Baru baru ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pelaksanaan dapur berpusat (E-Kitchen) bagi dijadikan pusat pengumpulan makanan (juadah berbuka) bagi proses pengambilan oleh pihak penghantaran.
Bagaimanapun, ia dikhuatiri tidak mampu untuk menampung kesemua peniaga terutamanya dari segi faktor logistik dan juga jarak penghantaran selain kekangan daripada pelanggan sendiri untuk mendapatkan pilihan menu mereka yang terhad.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Bazar Ramadan
#COVID-19
#COVID19
#e-bazar
#PKP
#Ramadan
#Reza Razali
#teknologi
#Terato Tech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan