awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2023
01:15 MYT
Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Ebit Lew membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast kendalian Caprice. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
“Baru sampai dari Jeddah jam 12 malam tadi dan terus ke balai polis membuat laporan mengenai fitnah yang teramat melampau serta langsung tidak berasas ke atas diri saya.
“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam ciapan di aplikasi X.
Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, ibu tunggal, Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan penceramah bebas, Ustaz Ebit di sebuah podcast khas yang dikendalikan oleh Caprice.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram dan telah dimuat naik di laman YouTube. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#fitnah
#Caprice
#podcast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan