Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang dijangka pada pertengahan bulan depan, antara lain akan membincangkan kajian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain ECRL, perkara lain yang akan dibincangkan ialah aspek pendidikan dan perniagaan selain meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.
Setakat ini pihaknya sedang berhubung dengan kementerian luar negara tersebut untuk menentukan tarikh dan atur cara lawatan perdana menteri, katanya.
Mengulas mengenai ECRL, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata mereka akan membincangkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.
"Ia bukan bermakna kita mahu hentikan (projek ECRL) tetapi kita hendak melihat bagaimana beberapa perkara tertentu boleh diperbaiki dan ditambah nilai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ibu Bapa Peringkat Pahang di Kampung Chengal Lempong di sini, hari ini.
ECRL yang melibatkan laluan daripada Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan diluluskan Kabinet pada 2016 dan 2017 dengan China Communications Construction Company (CCCC) dilantik sebagai kontraktor utama.
Kos keseluruhan sebenar projek ECRL dijangkakan mencecah RM81 bilion termasuk kos pengambilalihan tanah dan faedah pinjaman semasa pembinaan projek, dan pelaksanaannya digantung pada 3 Julai lalu ekoran arahan kerajaan.
Selain ECRL, projek dengan China yang digantung kerajaan adalah Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM9.4 bilion.
Saifuddin berkata objektif utama dalam lawatan itu adalah untuk menjaga hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
"Pihak kami masih berbincang dengan kerajaan China dan setakat ini perbincangan di peringkat pegawai berjalan dengan begitu baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 28 2018
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain ECRL, perkara lain yang akan dibincangkan ialah aspek pendidikan dan perniagaan selain meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara yang sudah lama terjalin. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.