awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECRL pemangkin industri, ekonomi Terengganu - Anthony Loke

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/08/2023
06:30 MYT
ECRL pemangkin industri, ekonomi Terengganu - Anthony Loke
Anthony Loke berkata, ECRL bukan sahaja membawa penumpang, tetapi juga membawa kargo. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka mula beroperasi pada 2027 bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri dan ekonomi Terengganu.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terdapat banyak kawasan di sepanjang jajaran ECRL yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan perindustrian, yang sekali gus boleh menjana ekonomi penduduk setempat dan negeri pantai timur itu.
"Kita menyasarkan ECRL bukan sahaja membawa penumpang, tetapi juga membawa kargo.
"Untuk kargo dibawa melalui ECRL, perlu ada kawasan perindustrian. Jadi kita mengharapkan dengan pembinaan ECRL ini, ia dapat mengalakkan syarikat multinasional (MNC) untuk melabur di pantai timur," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra penduduk bersama Anthony Loke di sini, pada Khamis.
Justeru kata Loke, kerajaan sedang merangka inisiatif untuk mengalak syarikat-syarikat industri besar membuka syarikat di sepanjang ECRL terutamanya di Terengganu yang mempunyai jajaran rel yang panjang itu.
Menurut beliau, penggunaan ECRL untuk memindahkan kargo itu juga selaras dasar sedang diusahakan Kementerian Pengangkutan dengan menyasarkan pengurangan kebergantungan terhadap terhadap jalan raya yang berisiko.
"Ia termasuk laluan jalan raya yang berbukit seperti laluan Karak, selain banyak laporan kemalangan melibatkan treler mengangkut barangan ke pelabuhan. Jadi, apabila kargo ini diangkut menggunakan ECRL, banyak risiko boleh dikurangkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Pantai Timur
#Laluan Rel Pantai Timur
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan