awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECRL: Tun M tidak tahu status terkini kontrak CCCC

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
24/01/2019
02:50 MYT
ECRL: Tun M tidak tahu status terkini kontrak CCCC
Pada 4 Julai 2018, CCCC berkata semua kerja membabitkan ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3km digantung berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu status terkini kontrak yang sebelum ini dianugerahkan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sama ada ia sudah ditamatkan atau tidak.
Beliau menjelaskan, baru sahaja pulang dari lawatan kerja di luar negara dan tidak tahu mengenai isu berkenaan penamatan kontrak berkenaan.
"Saya tidak tahu sudah tamat (kontrak) atau tidak.
"Salah satu cara kita menangani masalah ialah dengan menamatkan kontrak, tetapi apabila kita tamatkan kontrak, kita kena bayar pampasan.
"Kita akan bincangkan perkara ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Perlindungan B40 mySalam, di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, tiga menteri Kabinet tidak tahu-menahu berhubung dakwaan penyingkiran syarikat China itu sebagai kontraktor untuk projek ECRL.
Portal itu menjelaskan, tiga menteri berkenaan memberitahu, perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.
CCCC menerusi kenyataan media pada 4 Julai tahun lalu menjelaskan, semua kerja membabitkan ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3 kilometer (km) digantung berkuat kuasa serta-merta. Firma berpangkalan di China selaku kontraktor utama projek mega itu mengesahkan menerima notis untuk menggantung semua kerja projek ECRL daripada pemilik syarikat berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL). Arahan penggantungan itu susulan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kos sebenar projek ECRL menjangkau RM81 bilion, berbanding RM66 bilion seperti dilaporkan sebelum ini. Dr Mahathir pada 22 Oktober lalu, dilaporkan berkata, keputusan kerajaan membatalkan beberapa projek mega adalah disebabkan kekangan kewangan serta dijangka dapat menjimatkan kos menjangkau RM300 bilion. Beliau berkata, antara projek yang dibatalkan merangkumi ECRL, Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HCR).
Topic Berkaitan
#CCCC
#China
#ECRL
#gantung kerja
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#kontrak
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Rail Link Sdn Bhd
#MRL
#notis
#pampasan
#projek mega
#tamat kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan