PUTRAJAYA: Seorang pelajar jurusan kejuruteraan sebuah universiti swasta yang juga warga Bangladesh hari ini terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya kerana mengedar 3,875.66 gram ganja empat tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan Mohammad Habibul Hassan Khan, 26, dan pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan dalam kes itu.
Beliau berkata meskipun beg yang mengandungi dadah itu ditemukan di dalam bilik asrama universiti perayu, Mohammad Habibul telah menyatakan dari awal lagi bahawa ia milik pelajar lain bernama Jawad.
"Pelajar ini (Jawad), yang tinggal di luar kampus universiti, telah membunuh diri sehari selepas perayu ditahan bersama dengan beg itu.
"Hakim perbicaraan tidak menerima keterangan ini dan menganggapnya sebagai penafian semata-mata serta perkara yang difikirkan kemudian," katanya yang bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Seri Mariana Yahya.
Hanipah juga berkata hakim perbicaraan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana pengakuan perayu kepada warden asrama Shazereen Kamaruddin tidak boleh diterima kerana hakim itu tidak mengajukan soalan yang betul.
Mohammad Habibul telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 10 April 2019 selepas dia didapati bersalah mengedar dadah di bilik asrama sebuah universiti di Semenyih pada kira-kira 4 petang 10 Dis 2017 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang dibantu oleh Datuk N.Sivananthan dan Nabila Habib, berhujah bahawa keterangan Shazereen berkaitan pengakuan tertuduh tidak disokong oleh saksi pendakwaan yang lain.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid pula berhujah terdapat bukti jelas bahawa Mohammad Habibul mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah itu yang diberikan oleh Jawad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan Mohammad Habibul Hassan Khan, 26, dan pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan dalam kes itu. - Gambar fail/ Bernama
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Edar 3.8 kg ganja: Pelajar universiti warga Bangladesh terlepas tali gantung
Seorang pelajar jurusan kejuruteraan sebuah universiti swasta yang juga warga Bangladesh hari ini terlepas daripada tali gantung.