KOTA BHARU: Seorang peniaga alat ganti kenderaan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar 342.3 gram methamphetamine empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Wan Muhammad Azlan Wan Mahamod, 34.
Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah menerusi isu berkaitan akses bilik tertuduh, kehadiran orang lain di kediaman tertuduh dan kewujudan sebuah kereta jenis Proton Satria di lokasi serbuan milik orang lain.
"Tertuduh telah membuat pembelaan dengan keterangan bersumpah. Dalam keterangannya dari peringkat awal pendakwaan, seorang lelaki bernama Mohd Harif Mohd Azmi telah datang tidur di bilik tertuduh sebelum kediaman itu diserbu polis," katanya.
Wan Muhammad Azlan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952(Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Kepas, Jalan Banggol Jering, Pasir Mas lebih kurang 4.10 pagi pada 2 Sept 2018.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.