awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar ganja: Enam lelaki ditahan di Damansara, Sungai Buloh

Bernama
Bernama
03/03/2023
12:22 MYT
Edar ganja: Enam lelaki ditahan di Damansara, Sungai Buloh
Polis turut menemukan dua ketulan mampat daun-daun kering ganja seberar 2,034 gram. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat mengedar ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12,320 di sebuah rumah di Damansara dan Sungai Buloh, di sini, Isnin lepas.
Kesemua suspek yang ditahan pada sekitar 6.30 petang hingga 7.45 malam itu, berusia lingkungan 25 hingga 31 tahun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata dalam serbuan pertama, polis menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada dalam keadaan mencurigakan, di kawasan parkir kenderaan di Sri Damansara.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki berada dalam kenderaan tersebut dan polis turut menemukan dua ketulan mampat daun-daun kering ganja seberar 2,034 gram.
"Selain itu, polis turut merampas serangkai anak kunci yang mengandungi dua anak kunci dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannbinol," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakrudin berkata hasil semakan, mendapati seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah manakala dua lagi suspek tiada sebarang rekod.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas mereka, polis bertindak menahan tiga lagi suspek lelaki di sebuah rumah sekitar di Sungai Buloh.
"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan ganja seberat 2,893 gram dan turut menyita tiga kenderaan jenis Isuzu D-Max, Proton Saga dan Perodua Myvi.
"Hasil saringan air kencing mendapati, dua daripada tiga suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannbinol dan kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau," katanya.
Mohamad Fakrudin berkata hasil analisis polis mendapati ganja berkenaan boleh dibekalkan kepada lebih 1,000 penagih.
Beliau berkata keenam-enam suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar ganja
#Damansara
#Sungai Buloh
#Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan