SEREMBAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat hampir dua kilogram, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Rohani Ismail menjatuhi Muhammad Nur Arif Nur Akil, 26, hukuman itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan, dan memerintahkan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkapan pada 2 Sept 2020.
"Sebelum ini mahkamah mendapati kamu (tertuduh) bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Jadi hukumannya, setelah saya mendengar dan menimbang rayuan mitigasi dikemukakan melalui peguam kamu dan hujahan pemberat yang ditimbulkan pihak pendakwaan, saya memutuskan kamu dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan," katanya.
Muhammad Nur Arif yang ketika itu merupakan mahasiswa di sebuah universiti swasta di Selangor, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1900.9 gram, di tempat letak kereta sebuah pasar raya di daerah ini kira-kira 5.30 petang pada 2 Sept 2020.
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Seramai 10 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 10 April 2023 dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ala'uddin Baharom manakala Peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili Muhammad Nur Arif.
Terdahulu, Shah Rizal dalam rayuannya meminta hukuman penjara dikenakan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira usia tertuduh yang masih muda dan mempunyai masa depan cerah, apabila bebas pada masa akan datang selain ini merupakan kesalahan pertamanya.
"Pohon juga mahkamah ambil kira jenis dadah iaitu kanabis yang tergolong dalam soft drug dan bukannya chemically enhanced drug serta berat dadah itu tidak sampai dua kilogram...kita mahu memberi pengajaran kepada golongan muda, tetapi perlu ambil kira kepentingan tertuduh dan ahli keluarga," katanya.
Bagaimanapun Ala'uddin meminta hukuman mati dijatuhkan kepada tertuduh, mengambil kira kepentingan awam termasuk faktor pencegahan, penghukuman serta kesalahannya dalam kes terbabit.
"Ia merupakan kes pengedaran dan kesalahan ini dapat dibuktikan secara terus dan tidak menggunakan sebarang anggapan...sama ada dadah soft atau high, itu bukan persoalan kerana kesan pengambilan tetap negatif.
"Sebab itu negara mengharamkan segala berkaitan dadah melainkan diberikan lesen. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pelajar universiti dan seharusnya seorang yang berpelajaran tahu akibat dan kesan sekiranya terlibat dengan dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Buruh didakwa edar 16kg kanabis
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar.
Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun
Seorang bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan mengedar kanabis yang disabitkan ke atasnya, dipinda kepada memiliki dadah.
Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis
Seorang penghantar makanan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar 764.9 gram dadah jenis kanabis dipinda kepada memiliki dadah.
Mekanik didakwa edar kanabis lebih 60kg
Mohd Borhan Saim, 37, didakwa mengedar kanabis seberat 63,120 gram di tepi Jalan Kampung Parit Selamat, Mukim 7, Yong Peng di sini, pada 8.30 malam, 26 Mac lepas.
Penoreh getah terlepas hukuman gantung sampai mati
Mahkmamah Tinggi Temerloh melepas dan membebaskannya dari hukuman gantung sampai mati kerana didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 271.2 gram (g), tiga tahun lalu.
'Tuhan lepaskan aku dari rantai ini..' - Yasin tulis lagu di Penjara Sungai Buloh
Penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan sebuah lagu baharu meskipun berada di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.
AGC tolak representasi isteri ahli politik untuk gugur pertuduhan edar, tanam kanabis
Pertuduhan terhadap Lyiana Roslee masih kekal di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Zack 'New Boyz' bebas tuduhan edar dadah
Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.