MALAYSIA
Edar pil kuda tepi jalan Kemaman, Wan Mohd Ibnul dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Tertuduh, Wan Mohd Ibnul Hajar Muhammad, 29, dilihat tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya. - Foto Astro AWANI
Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine (pil kuda) dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang prosiding berjalan.
Tertuduh, Wan Mohd Ibnul Hajar Muhammad, 29, dilihat tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 55.58gram.
Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39b(2) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Ahmad Zaidi & Partners.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami