awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar risalah Kristian secara terbuka, polis buru tiga individu termasuk warga asing

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/01/2025
05:45 MYT
Edar risalah Kristian secara terbuka, polis buru tiga individu termasuk warga asing
Polis menerima laporan berhubung video tular berdurasi 54 saat membabitkan kejadian itu, kira-kira pukul 10.19 malam, Isnin lalu. - Gambar/ Tangkap layar video tular
WANGSA MAJU : Polis sedang memburu tiga individu termasuk dua lelaki warga asing yang dipercayai mengedarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular berdurasi 54 saat membabitkan kejadian itu, kira-kira pukul 10.19 malam, Isnin lalu
Beliau memberitahu, kes itu masih lagi dalam siasatan polis.
"Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana kesalahan perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas sebab-sebab agama," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohamad Lazim berkata, Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum lima tahun.
Dalam video, salah seorang suspek juga dilihat meminta videonya itu tidak dirakam.
Topic Berkaitan
#video tular
#sebar agama kristian
#perpaduan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan