KUANTAN: Sebuah kilang sawit yang terlibat dalam insiden pencemaran Sungai Pukin, Rompin Julai tahun lalu didenda RM70,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, pada Jumaat atas kesalahan di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataannya berkata, kilang terbabit telah menyebabkan pencemaran alur air yang mengalir ke Sungai Pukin hingga Sungai Keratong dengan efluen industri yang berkemungkinan boleh membahayakan nyawa penduduk.
Menurut kenyataan itu, insiden pencemaran sungai berkenaan berpunca dari kebocoran tebing pada kolam takungan efluen industri di kilang sawit tersebut.
“Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada 6 Julai tahun lalu menerima laporan tentang berlakunya pengaliran masuk efluen industri ke alur air sungai berkenaan.
“Berikutan insiden tersebut, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Keratong terpaksa dihenti tugas selama sembilan hari bermula 7 hingga 16 Julai 2021 berikutan sumber air mentahnya berminyak dan berbau,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
SPAN berkata, keputusan analisis makmal menunjukkan kandungan sumber air mentah itu mengandungi kandungan ammoniacal nitrogen, nitrate nitrogen dan merkuri melebihi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kejadian itu mengakibatkan berlakunya gangguan bekalan air melibatkan 11,500 akaun pengguna di sekitar kawasan tersebut,” katanya.
Jelasnya, mana-mana pihak didapati bersalah di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 boleh dihukum di bawah Seksyen 121(2)(c) akta sama dengan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Kes pendakwaan SPAN ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penggiat industri air dan orang awam tentang tanggungjawab untuk mematuhi peruntukkan-peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan perundangan subsidiari di bawah akta tersebut,” jelasnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022
Sebuah kilang sawit yang terlibat dalam insiden pencemaran Sungai Pukin, Rompin Julai tahun lalu didenda RM70,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan atas kesalahan di bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). -Gambar hiasan
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin
Mangsa terjatuh ke dalam mesin fuel conveyor yang pada ketinggian 4.57 meter.
Unit Kulim ambil alih pengurusan ladang sawit Southern Catalyst
Perjanjian itu adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Efluen bocor cemari alur air, kilang sawit didenda RM70,000
Insiden pencemaran sungai berkenaan berpunca dari kebocoran tebing pada kolam takungan efluen industri di kilang sawit tersebut.
FGV minta Felda hentikan siaran media
Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima setakat Isnin.
Felda akan ambil tanah dan beli kilang dari FGV
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, rundingan bersama FGV tidak dimulakan lebih awal kerana menanti kelulusan kerajaan.
COVID-19: Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi
Kerajaan hari ini memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi untuk membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil.
FGV sahkan pegawai kanan ditahan SPRM
Haris Fadzilah berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam hal ini dan sedia menghulurkan segala bantuan yang diperlukan.