awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk

Bernama
Bernama
09/02/2026
14:10 MYT
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
SpaceX telah mengalihkan fokusnya ke arah membina sebuah bandar di Bulan, dengan pengasasnya Elon Musk menyatakan bahawa projek itu mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: SpaceX telah mengalihkan fokusnya ke arah membina sebuah bandar di Bulan, dengan pengasasnya Elon Musk menyatakan bahawa projek itu mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun.

Ringkasan AI
  • SpaceX mengalihkan fokus kepada pembinaan bandar di Bulan yang dijangka dapat direalisasikan dalam masa kurang 10 tahun, berbanding dengan projek di Marikh yang memerlukan masa lebih 20 tahun.
  • Elon Musk, pengasas SpaceX, menyatakan bahawa misi ke Marikh hanya boleh dilaksanakan setiap 26 bulan dengan tempoh perjalanan selama enam bulan, sementara perjalanan ke Bulan boleh dilakukan kira-kira setiap 10 hari dengan tempoh perjalanan hanya dua hari.
  • SpaceX tetap berhasrat untuk membina bandar di Marikh dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi, tetapi projek di Bulan diberi keutamaan kerana dianggap lebih pantas untuk menjamin masa depan tamadun manusia.

"Bagi mereka yang tidak menyedari, SpaceX telah pun mengalihkan fokus kepada pembinaan bandar di Bulan, memandangkan kita berpotensi mencapainya dalam masa kurang 10 tahun, manakala Marikh akan mengambil masa lebih 20 tahun.
Misi SpaceX tetap sama - meluaskan tahap kesedaran dan kehidupan yang kita ketahui ke bintang-bintang," katanya menerusi hantaran di platform X pada Ahad.
Musk berkata misi ke Marikh hanya boleh dilaksanakan apabila kedudukan planet-planet sejajar setiap 26 bulan dengan tempoh perjalanan selama enam bulan, manakala perjalanan ke Bulan boleh dilakukan kira-kira setiap 10 hari dengan tempoh perjalanan hanya dua hari.
"Ini bermakna kita boleh melakukan proses itu berulang-kali dengan jauh lebih pantas untuk menyiapkan bandar di Bulan berbanding bandar di Marikh.
Walau bagaimanapun, SpaceX akan tetap berusaha untuk membina bandar di Marikh dan mula melakukannya dalam tempoh kira-kira lima hingga tujuh tahun lagi, tetapi keutamaan paling utama adalah untuk menjamin masa depan tamadun manusia dan (projek) Bulan adalah lebih pantas," katanya.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa pada 2020, Musk menyasarkan untuk menghantar misi tanpa pemandu ke Marikh seawal akhir 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SpaceX
#bulan
#Marilh
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan