awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ejen' pakej umrah tipu 16 jemaah ditahan

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
30/01/2018
09:59 MYT
'Ejen' pakej umrah tipu 16 jemaah ditahan
Polis berkata, suspek yang berusia 48 tahun itu ditahan pada jam 11.35 pagi selepas memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Kuantan.
Seorang wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan urusan pakej umrah membabitkan 16 mangsa dengan kerugian berjumlah RM117,500 tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek yang berusia 48 tahun itu ditahan pada jam 11.35 pagi selepas memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Kuantan.
"Berdasarkan fakta kes, pada 25 Januari tahun lalu, seramai 16 mangsa membayar wang sebanyak RM117,500 kepada suspek bagi menunaikan umrah pada bulan Disember lalu.
"Bagaimanapun, pada November 2017, suspek memberitahu mangsa bahawa pakej umrah yang dijanjikan tidak dapat dilakukan malah wanita itu juga tidak dapat memulangkan semula wang mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, media pernah melaporkan mengenai 48 individu termasuk peneroka FELDA Keratong, Rompin yang mendakwa telah kerugian kira-kira RM300,000 akibat ditipu seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Ton' yang menawarkan pakej umrah.
Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember lalu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.
Mohd Wazir berkata, siasatan lanjut mendapati, modus operandi suspek adalah dengan memperdayakan orang ramai dengan menawarkan pakej umrah yang tidak wujud.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
"Kita akan bawa suspek ke IPD Rompin dan dia akan dituduh di Mahkamah Majistret Rompin pada esok," katanya.
Topic Berkaitan
#16 mangsa
#IPD Kuantan
#kes penipuan
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#pakej umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan