KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan pandangan daripada pemain industri ekonomi digital bagi membantu kerajaan menyediakan kerangka polisi serta dasar yang berkaitan dengan lebih tepat.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata KKMM mengamalkan dasar keterbukaan untuk mendapatkan pandangan serta syor daripada penggiat dan peserta industri itu yang lebih memahami persekitaran serta cabaran sebenar dalam sektor tersebut.
"Pandangan dan pengesyoran harus datang daripada pemain industri dan saya katakan mereka lebih memahami cabaran sebenar dalam industri itu berbanding kita yang di dalam kementerian.
"Kita tak boleh beranggapan bahawa kita yang di atas sentiasa tahu segalanya, konsep Bawah-Atas juga penting... kita perlu lebih banyak mendengar mereka untuk membuat polisi yang tepat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program 'Bersama Annuar' di Twitter Spaces kendalian Bernama pada Jumaat yang membincangkan tajuk 'Pendigitalan Ekonomi: Apa Yang Rakyat Dapat'.
Annuar berkata penggubalan dasar dan pengawalan menjadi cabaran kepada kerajaan dalam memastikan ekosistem ekonomi digital tidak membunuh usahawan tempatan hanya kerana keadaan pasaran sektor itu menjadi amat terbuka.
Katanya dalam keadaan pasaran ekonomi digital yang semakin ke arah tanpa sempadan, kerajaan perlu meneliti situasi itu dan kewujudan program berkaitan dengan permulaan dapat memberikan insentif dan galakan yang lebih menggalakkan kepada usahawan muda.
Beliau berkata Malaysia akan kekal menjadi negara pengguna jika usahawan terus gagal menguasai pasaran yang lebih luas.
"Kita tidak dapat menguasai pasaran yang terbuka luas kerana produk kita tidak berjaya, kita tidak jadi negara pengeluar. Kita hanya menjadi pembeli atau sekadar pengguna. Proses menjadi moden tetapi pertumbuhan ekonomi yang sebenar tetap juga tidak berlaku," katanya.
Annuar juga berkata penggunaan teknologi ekonomi digital kini menjangkau ke pelbagai sektor yang konvensional misalnya baru-baru ini, beliau menerima syor supaya tanah pertanian dipersiap dengan kemudahan digital dan Internet berkualiti bagi meningkatkan aktiviti pertanian persis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Annuar Musa berkata KKMM mengamalkan dasar keterbukaan untuk mendapatkan pandangan serta syor daripada penggiat dan peserta industri itu. - Foto BERNAMA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
"Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza?" Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee
Menerusi segmen khas 'battle', Tan Sri Annuar Musa dan pengacara, Nabil Ahmad dikehendaki meneka tajuk lagu daripada hasil karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Zul Ariffin hadir ke SKMM
Pelakon Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama.
Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.
PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar
Kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.
Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik.
PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.
PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar
Semua pihak harus mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam landskap politik tanah air.