Ekonomi digital kini menjadi satu daripada agenda dan tumpuan penting kerajaan yang dilihat berpotensi menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata dalam menggerakkan ekonomi digital, pembangunan ekosistem digital yang kondusif perlu dititikberatkan bagi merangsang pertumbuhan industri dalam bidang tersebut.
Katanya ia termasuk menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan ekosistem digital diwujudkan dengan lebih cepat kerana peraturan dan garis panduan baharu yang akan dihasilkan memudahkan pemain industri mematuhi segala keperluan Kerajaan.
"Sebagai contoh, pembinaan Pusat Data di Iskandar Malaysia (Johor) membolehkan pemain industri lebih berminat melakukan aktiviti ekonomi digital di Malaysia dengan kos yang lebih efektif.
"Ini kerana Rangka Kerja Harga Capaian akan ditambah baik bagi menggalakkan persaingan dan perkongsian infrastruktur dalam kalangan penyedia perkhidmatan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama bersempena genap setahun beliau menerajui kementerian itu, di sini.
Dalam pada itu, Salleh turut melahirkan rasa bangga dengan perkembangan semasa industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini termasuk kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang telah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat khususnya melalui pelaburan di dalam dan luar negara serta peluang pekerjaan yang dihasilkan.
Katanya, tahun lepas sahaja, MSC Malaysia telah menyumbang sebanyak RM15.3 bilion kepada KDNK dan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sejak penubuhan MSC Malaysia dengan nilai pelaburan baharu sebanyak RM5 bilion.
Katanya, nilai pelaburan itu merupakan peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding RM2.9 bilion yang diperoleh pada tahun 2014.
Katanya, di samping mewujudkan sebanyak 10,981 peluang pekerjaan pada tahun 2015, sebanyak 4,042 syarikat yang diberikan status MSC Malaysia juga telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM42.1 bilion dan eksport sebanyak RM16.2 bilion melalui perkhidmatan dan hasil produk ICT yang dibangunkan.
"Pelaksanaan bandaraya siber dan pusat siber MSC Malaysia juga telah diperluaskan di seluruh negara. Sehingga Jun 2016, sebanyak 44 bandaraya siber dan pusat siber telah beroperasi di seluruh negara," katanya.
Mengenai perkembangan terkini dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dalam talian, Salleh berkata program eRezeki yang diperkenalkan telah menarik sebanyak 76,156 orang daripada golongan B40 untuk berdaftar.
Katanya, sebanyak 30,925 orang pula telah dilatih di bawah program itu dengan sebanyak 22,873 daripada mereka telah menjana pendapatan berjumlah lebih daripada RM15 juta.
Program eUsahawan pula, katanya telah berjaya melatih sejumlah 19,694 pelajar pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dan usahawan melalui kursus yang telah diikuti dengan sebanyak 5,976 orang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui program itu dengan jumlah terkumpul melebihi RM12 juta.
Salleh turut melihat industri kreatif yang berpotensi besar untuk menjana kekayaan dan mewujudkan peluang pekerjaan di negara ini melalui penggalakkan dan eksploitasi harta intelek seterusnya bersaing di pasaran antarabangsa.
Beliau berkata antara cabaran besar industri itu yang perlu didepani ialah penggilapan bakat dan penghasilan kandungan berkualiti tempatan yang boleh diketengahkan dan diiktiraf di peringkat global.
"Saya telah meminta supaya pembangunan bakat dan kandungan yang berkualiti diberi keutamaan dengan membuat perancangan yang menyeluruh. Di samping itu, pelan pemasaran yang mantap juga perlu disediakan," katanya.
Beliau menambah, sehingga Jun tahun ini nilai jualan dan pelaburan eksport kandungan adalah sebanyak RM51.2 juta melalui program pasaran filem antarabangsa, sementara nilai kandungan eksport adalah sebanyak RM240 juta.
"Manakala jumlah kutipan filem bagi 24 buah filem yang ditayangkan melalui skim wajib tayang adalah sebanyak RM56.74 juta. Kesemua ini membuktikan industri kreatif mampu menjadi pemacu kepada ekonomi baharu negara," katanya.
Mengenai penghijrahan penyiaran televisyen terrestrial kepada digital menerusi pelaksanaan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional, Salleh berkata pelancaran perkhidmatan itu dibuat secara berperingkat disasarkan bermula pada suku keempat tahun ini di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.
Katanya, sehingga Jun lepas, liputan siaran perkhidmatan televisyen digital telah disediakan kepada hampir 85 peratus kawasan berpenduduk melalui pembinaan 14 stesen pemancar TV di seluruh Negara.
"Sepuluh lagi stesen pemancar TV bakal dipasang pada penghujung tahun 2016 bagi peluasan liputan perkhidmatan TV Digital kepada 91 peratus kawasan berpenduduk," katanya.
Bernama
Tue Aug 02 2016
SALLEH: Dalam menggerakkan ekonomi digital, pembangunan ekosistem digital yang kondusif perlu dititikberatkan bagi merangsang pertumbuhan industri. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Tidak mustahil Malaysia jadi hab digital Asia Tenggara - Gobind
Kerjasama dengan negara serantau penting bagi meningkatkan keupayaan digital negara dalam mencapai sasaran AS$2 trilion ekonomi digital ASEAN pada 2030.
Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara
Beliau minta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian dan beri pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
Pemimpinan digital kunci kepada pendigitalan kerajaan Indonesia - Timbalan Menteri
Kementerian Kominfo telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti pemimpin dalam sektor awam dan swasta bagi menyokong transformasi digital.