JAKARTA: Kehadiran pemimpin berkebolehan digital adalah penting untuk menyokong pelaksanaan transformasi digital yang bertujuan mendigitalkan aktiviti birokrasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Informatik (Kominfo) Nezar Patria, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).
"Kepimpinan digital adalah sangat penting dan kita harus memberi perhatian kepadanya. Kementerian Kominfo telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti pemimpin dalam sektor awam dan swasta bagi menyokong transformasi digital," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Sabtu.
Bercakap secara maya pada acara latihan kepimpinan kebangsaan yang diadakan oleh Institusi Pentadbiran Negeri (LAN) pada Jumaat (5 Julai), Patria berkata kerajaan digital boleh membantu birokrat menawarkan perkhidmatan awam dengan cara yang lebih cekap, inklusif, telus dan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan melahirkan pemimpin yang mampu membuat keputusan berdasarkan data.
"Apabila dunia menjadi semakin digital, keperluan untuk pengetahuan mengenai data besar, pengkomputeran dan kecerdasan buatan (AI) menjadi tidak dapat dielakkan."
Beliau berkata kementerian telah merangka program Akademi Kepimpinan Digital (DLA) dengan kerjasama universiti ternama seperti University of Cambridge dan Harvard Kennedy School.
"Program ini dijangka melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu menggubal dasar, memulakan inovasi digital dan meningkatkan daya saing ekonomi digital Indonesia," katanya.
Program DLA menawarkan kursus latihan dalam pelbagai bidang, seperti pendigitalan perniagaan, keselamatan siber dan tadbir urus. Sehingga 2024, seramai 1,236 orang telah mendaftar dalam program itu.
Patria kemudian memuji LAN kerana menganjurkan acara latihan kepimpinan kebangsaan yang diharapkan memudahkan para peserta bertukar idea dan bekerjasama untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan digital mereka.
"Semua usaha ini bertujuan merealisasikan transformasi digital negara yang telah ditetapkan sebagai program nasional. Ketika dunia terus bergerak ke hadapan, kita tidak mampu untuk berpatah balik."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Nezar berkata, Kementerian Kominfo telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti pemimpin dalam sektor awam dan swasta bagi menyokong transformasi digital. -
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Pemimpinan digital kunci kepada pendigitalan kerajaan Indonesia - Timbalan Menteri
Kementerian Kominfo telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti pemimpin dalam sektor awam dan swasta bagi menyokong transformasi digital.