KUALA LUMPUR: Inisiatif di bawah Ekonomi Madani berpotensi untuk memacu perubahan positif untuk Malaysia dengan mengguna pakai pendekatan strategik dan berasaskan nilai, terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan domestik dan global, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Katanya dari perspektif ekonomi, rangka kerja Madani adalah tepat pada masanya berdasarkan Belanjawan 2024 yang akan datang, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan jangkaan pembentangan Akta Tanggungjawab Fiskal pada tahun ini.
Sebagai isyarat kepada konsistensi dasar, tema "Memperkasa Rakyat" mengekalkan momentum kerajaan ke arah pembangunan modal insan di Malaysia.
"Pembangunan modal insan diterapkan secara khusus dalam misi naratif Madani iaitu pertumbuhan inklusif, memberi kesaksamaan peluang dan pasaran tenaga kerja yang berdaya maju," menurut MARC dalam kenyataan pada Jumaat.
Disambut baik, matlamat yang boleh diukur dalam langkah ini termasuklah berada di tangga 25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus.
"Kerajaan menjangka untuk terus memperkukuh pendidikan asas dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, dan membangunkan modal insan akan mengukuhkan lagi matlamat kerajaan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial," katanya.
Katanya pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosial adalah penting untuk meningkatkan produktiviti, mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan dan meningkatkan potensi pertumbuhan KDNK di Malaysia.
Ekonomi Madani akan memacu ekonomi PKS
Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) berpendapat Rangka Kerja Ekonomi Madani akan memacu ekonomi dan pertumbuhan industri yang lebih baik, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Presidennya, Datuk William Ng berkata pasaran suram sejak berakhirnya pandemik dan rangka kerja ekonomi baharu itu akan menyediakan hala tuju yang amat diperlukan untuk ekonomi.
"Samenta telah lama menyatakan bahawa cabaran terbesar PKS bukanlah aliran tunai yang lemah atau kekurangan peluang perniagaan tetapi margin yang rendah berikutan produktiviti buruh yang lembap.
"Kerajaan mengambil langkah yang tepat untuk membetulkan ketidakpadanan buruh dan menambah baik gaji selain mewajibkan peningkatan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
"Apabila produktiviti buruh bertambah baik, perniagaan akan dapat membayar lebih tinggi dan semua pihak menang," kata Ng.
Bagaimanapun, katanya PKS berhati-hati dengan model gaji progresif yang dirancang dan berharap Jawatankuasa Kerja Masa Depan ditubuhkan dengan wakil daripada sektor swasta dan awam untuk membuka dividen ekonomi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
Walaupun bersetuju bahawa gaji terlalu rendah, katanya semakan gaji tidak boleh dilakukan secara terburu-buru dan perlu disertai dengan peningkatan produktiviti buruh dan margin keuntungan.
"Kebanyakan sebab untuk gaji tidak berubah ialah bersifat struktur -- budaya pembelajaran yang merosot, ketidakpadanan umum dalam output pendidikan dan keperluan industri, tenaga kerja yang berubah dan persaingan serantau yang sengit untuk tenaga kerja.
"Ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya memaksa perniagaan membayar lebih," kata Ng.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosial adalah penting untuk meningkatkan produktiviti, mengekalkan pertumbuhan KDNK yang mampan dan meningkatkan potensi pertumbuhan KDNK di Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
One Championship: Jojo tekad bangkit lebih hebat
Johan Ghazali menegaskan bahawa dia akan bangkit susulan kekalahan pertamanya ketika menentang juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.
AWANI Ringkas: Disyaki terima rasuah lindungi perniagaan haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Tak apa Jojo, Rodtang pun pernah kalah'
Johan yang mesra disapa Jojo tewas bermaruah kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Israel sepatutnya disenarai hitam lebih awal
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesa Albanese mengalu-alukan tindakan Setiausaha Agung PBB menyenarai- hitamkan tentera Israel sebagai pesalah global kerana melakukan pencabulan terhadap kanak-kanak pada 2023.
Wartawan asing perlu diberi akses ke Gaza - UNRWA
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, akses itu wajar bagi membantu wartawan di Palestin terus mendedahkan kekejaman dan realiti sebenar di lapangan.
Hampir 500 penguat kuasa KPDN digerak di Kelantan, Terengganu, Pahang
Hampir 500 pegawai dan penguat kuasa KPDN digerakkan di Pantai Timur bagi Ops Kesan 2.0 Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel bermula hari ini.
Kerajaan sediakan Agenda Negara Menua
Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.
Saya akan kembali - Jojo
''Jangan menilai saya atas kemenangan, nilai saya tentang bagaimana saya kembali daripada kekalahan.''
Kebolehpasaran graduan Mara memberangsangkan
94.34 peratus graduan di kesemua 287 Institusi Pendidikan Mara (IPMA) telah mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.
Suara Rakyat: Orang kampung jadi susah, jambatan terbengkalai
Penduduk Kampung Aur Bukit Ibam kesal apabila pembinaan jambatan konkrit yang bermula pada Disember 2021, dijangka siap pada tahun 2025. Kini terbengkalai dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.
Keadaan tambah runcing apabila jambatan gantung yang menjadi laluan utama menghubungkan beberapa kampung di Seberang Aur dengan Kampung Aur, pula runtuh pada tahun lalu.
Sehingga kini tiada sebatang tiang pun yang didirikan dan hanya terdapat penanda tapak serta bahan pembinaan yang dilonggok berhampiran sungai.
Keadaan tambah runcing apabila jambatan gantung yang menjadi laluan utama menghubungkan beberapa kampung di Seberang Aur dengan Kampung Aur, pula runtuh pada tahun lalu.
Sehingga kini tiada sebatang tiang pun yang didirikan dan hanya terdapat penanda tapak serta bahan pembinaan yang dilonggok berhampiran sungai.
MARC jangka KDNK benar Malaysia 2024 berkembang pada 4.0-5.0 peratus
MARC menjangkakan KDNK benar 2024 Malaysia berkembang antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus, dengan sektor pembuatan sebagai pemacu utama.
Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia
Dari perspektif ekonomi, rangka kerja Madani adalah tepat pada masanya berdasarkan beberapa faktor termasuk Belanjawan 2024 akan datang.
MARC sahkan penarafan jangka pendek BDB
Kajian MARC mengesahkan strategi dan pelaksanaan pengurusan BDB dalam mewujudkan model perniagaan yang lancar untuk syarikat.
Liberalisasi ekonomi melalui perdagangan antarabangsa dapat kecilkan hutang negara - Pakar ekonomi
Ketua ekonomi MARC Firdaos Rosli berkata, inisiatif kerajaan kini lebih tertumpu kepada permintaan swasta dan tidak kepada penawaran.
Pelabur asing beli RM6.6 bilion ekuiti pada Ogos - MARC
Pembelian ekuiti tersebut secara tidak langsung mengatasi aliran keluar asing pada Jun dan Julai berjumlah RM4.1 bilion.
Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan
Top Glove Corporation Bhd berharap pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan permohonan Sijil Untuk Penginapan (CFA) selepas spesifikasi dihantar kepada pihak berkenaan untuk kelulusan.
MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.
Bank, sektor swasta main peranan penting dalam ekonomi Malaysia - MARC
MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
Ekonomi malaysia kekal berdaya tahan pada 2017 - MARC
Ekonomi Malysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2017, disokong penggunaan swasta yang stabil serta terbitan bon korporat yang kukuh, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka boleh terus berkembang kepada lebih empat peratus pada tahun ini dan 2017.