awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi MADANI beri gambaran jelas aspirasi Malaysia - AMCHAM

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2023
23:00 MYT
Ekonomi MADANI beri gambaran jelas aspirasi Malaysia - AMCHAM
AMCHAM berkata, pelancaran Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri jelas membayangkan aspirasi Malaysia untuk berada di kedudukan teratas dalam persaingan ekonomi dunia.
KUALA LUMPUR: Dalam merencana pertumbuhan ekonomi jangka panjang, tumpuan mencukupi harus diberikan untuk meningkatkan daya saing negara sambil memupuk keterangkuman dan ekuiti melalui pendekatan holistik dan peningkatan asas ekonomi.
Dewan Perniagaan Malaysia Amerika (AMCHAM) dalam satu kenyataan berkata, pelancaran Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis jelas membayangkan aspirasi Malaysia untuk berada di kedudukan teratas dalam persaingan ekonomi dunia.
AMCHAM yakin kejayaan naratif Ekonomi MADANI akan disumbangkan tiga faktor kritikal iaitu komunikasi yang berkesan kepada pihak berkepentingan; tadbir urus yang baik dalam memantau dan melaksanakan projek yang dirancang; dan kesinambungan untuk memastikan ia kekal sesuai dengan realiti ekonomi global.
Dengan aspirasi menjadi peneraju ekonomi Asia, AMCHAM melihat kepentingan memupuk hubungan perdagangan serantau dan antarabangsa yang kukuh di atas input perantara bernilai tinggi dalam rantaian bekalan.
Selain itu, dengan tumpuan kepada pendigitalan, pembangunan bakat mahir, daya saing PKS dan pelan hala tuju yang jelas untuk menangani perubahan iklim, kerajaan dilihat berjaya mewujudkan asas yang kukuh untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan untuk syarikat multinasional Amerika.
"Mengambil perhatian terhadap cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, adalah juga penting untuk memupuk hubungan perdagangan serantau dan antarabangsa yang teguh yang dibina di atas input perantara bernilai tinggi dalam rantaian bekalan.
"Dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, kedua-dua fizikal dan digital di luar Lembah Klang, ia akan mengukuhkan kepentingan Malaysia sebagai rakan dagangan utama dalam ekosistem perdagangan global," kenyataan itu menyebut.
Topic Berkaitan
#ekonomi madani
#AmCham
#hubungan perdagangan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan