awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, atasi Singapura dan Thailand - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
10/09/2025
12:22 MYT
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, atasi Singapura dan Thailand - Kementerian Kewangan
Secara keseluruhannya, berdasarkan prestasi terkini, ekonomi Malaysia terus berdaya tahan, dipacu oleh kerangka Ekonomi MADANI yang inklusif dan seimbang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.
Kementerian Kewangan (MoF) berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh tersebut mencatat sebanyak 4.4 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang kekal mampan, manakala Singapura mencatat 4.3 peratus dan Thailand merekodkan pertumbuhan 2.8 peratus
"Secara keseluruhannya, pertumbuhan KDNK negara telah diunjur mencatat antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus pada 2025, mengambil kira cabaran ekonomi dan persekitaran global semasa," kata MoF dalam jawapan bagi pertanyaan lisan Dewan Negara disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ia bagi menjawab soalan Senator Pele Peter Tinggom yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara setakat suku kedua 2025, sejauh mana prestasi pertumbuhan KDNK negara berbanding negara-negara ASEAN yang lain.
Dalam pada itu, kementerian berkata walau bagaimanapun kadar pertumbuhan Malaysia adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Vietnam, Filipina dan Indonesia.
Ekonomi Vietnam berkembang 7.9 peratus, menjadikannya antara yang paling tinggi di rantau ini.
Pertumbuhan KDNK Filipina mencatat 5.5 peratus, manakala ekonomi Indonesia mencatat pertumbuhan 5.1 peratus.
Prestasi pertumbuhan ekonomi berbeza-beza antara negara menggambarkan kepelbagaian struktur ekonomi dan strategi dasar ekonomi masing-masing.
Secara keseluruhannya, berdasarkan prestasi terkini, ekonomi Malaysia terus berdaya tahan, dipacu oleh kerangka Ekonomi MADANI yang inklusif dan seimbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pertumbuhan
#ekonomi
#perdagangan global
#ketidaktentuan geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan