awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi pasca darurat: Ini masa untuk lihat manfaat peruntukan bantuan - Pakar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/07/2021
03:39 MYT
Ekonomi pasca darurat: Ini masa untuk lihat manfaat peruntukan bantuan - Pakar
Kerajaan telah beri peruntukan yang banyak untuk tujuan bantuan dan sekarang masa untuk lihat keberkesanannya.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan semalam berhubung darurat yang tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos pastinya memberi kelegaan khususnya buat usahawan dan peniaga yang terkesan sebelum ini.
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Madeline Berma berkata, biarpun darurat merupakan satu tindakan positif ke arah pemulihan negara dalam pandemik, namun ia juga memberi tekanan pada satu aspek yang lain.
"Kita faham pengisytiharan darurat itu beri kerajaan peluang dan ruang untuk kerajaan bertindak. Jadi dari sudut ini, darurat perkara positif dan diperlukan.
"Tetapi darurat juga satu situasi mengerikan kerana ia membawa kepada penutupan ekonomi dan hanya essential services sahaja dibenarkan beroperasi.
"Jadi selepas 1 Ogos, banyak perniagaan sudah boleh kembali dibuka walaupun dengan perlaksanaan SOP, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi titik permulaan pemulihan ekonomi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Tambah Madeline, tiga fokus utama Belanjawan 2022 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, iaitu memacu pemulihan ekonomi, membina daya tahan negara dan memulihkan sektor terjejas, sememangnya berada di landasan yang betul namun perlu digerakkan dengan sistematik.
"Kita fokus kepada perancangan untuk keluar dari pandemik. Sebelum ini kerajaan sudah buat peruntukan yang banyak untuk tujuan itu jadi sekarang masa untuk lihat keberkesanannya.
"Apa yang perlu diperhatikan dan dinilai sekarang ialah manfaat daripada peruntukan bantuan yang diberi, di sini yang kita panggil multiplier effect, di mana kita nak lihat pertumbuhan bukan hanya di satu sektor.
"Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi, kita perlu pastikan adanya consumption. Rakyat perlu digerakkan untuk berbelanja.
"Memang kita kena ada tabungan, pelaburan perlu ada tetapi penggunaan yang berhemah juga perlu," ujarnya.
RMK-12, Bajet 2022 | Apa perlu ada untuk bina semula selepas pandemik?
Topic Berkaitan
#ekonomi
#peniaga
#pelaburan
#usahawan
#pandemik
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#darurat
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan