KUALA LUMPUR: Ekonomi sirkular menjadi tumpuan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang baharu, Datuk Zuraida Kamaruddin, dalam menggandakan pendapatan daripada sektor perladangan.
Sistem tersebut memanfaatkan segala keluaran ladang khususnya mengitar semula sisa buangan tanaman komoditi menjadi produk boleh dipasarkan, sekali gus membentuk industri yang lebih cekap dan bersih.
“Ia satu sistem janaan yang mana boleh mengubah sisa-sisa ini menjadi bahan-bahan berguna, contohnya sabut, kulit, sekam sawit boleh dijadikan bahan membuat jalan dan dimampatkan menjadi batu bata.
“Ini boleh mereka gunakan untuk pembinaan bangunan dan membaiki jalan di dalam ladang mereka juga,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Seminggu menggalas tanggungjawab meneraju kementerian itu, Zuraida kini melihat langkah seterusnya untuk membentuk mekanisme pelaksanaanya bagi syarikat-syarikat besar dan juga peladang-peladang kecil.
“Kapasiti besar syarikat-syarikat ini kita harus lihat polisinya supaya berada pada tempatnya dan satu SOP atau garis panduan yang lebih teratur dan tersusun yang harus dipatuhi.
“Kita juga ada dalam 300,000 anggota Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), yang ini kerajaan harus mengambil bahagian kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan modal sistem dan sebagainya untuk mengendalikan.”
Untuk itu, Zuraida berkata, beliau akan mencari satu kaedah di mana operator berkelayakan akan dilantik untuk menguruskan sisa pepejal daripada ladang-ladang kecil ini sehingga diproses menjadi produk baharu.
Pengalamannya dalam hal ehwal pengurusan sisa pepejal domestik semasa memimpin Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT) juga akan dimanfaatkan untuk menghubungkan dua kementerian bagi menjayakan matlamat tersebut.
“Ini juga akan menambah hasil kepada pekebun-pekebun kecil ini apabila sisa-sisa mereka dibeli oleh operator-operator ini untuk mereka kitar semula dan dijadikan pendapatan.
“Secara langsung ini akan membuatkan kawasan perkebunan itu lebih bersih, terurus dan teratur apabila sampah-sampahnya dimanfaatkan.”
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar malam tadi. Tonton di sini:
Israr Khalid
Mon Sep 06 2021
Zuraida berkata, beliau akan mencari kaedah di mana operator berkelayakan akan dilantik menguruskan sisa pepejal daripada ladang-ladang kecil sehingga diproses menjadi produk baharu. - Gambar fail
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Ekonomi sirkular manfaatkan bahan keluaran ladang menjadi produk - Zuraida
Sistem itu mengitar semula sisa buangan tanaman komoditi menjadi produk boleh dipasarkan.
Zuraida mahu perkenal ekonomi sirkular dalam kementerian baharunya
Zahirkan hasrat untuk menjana lebih banyak pendapatan kepada negara melalui usaha kitar semula produk sisa, khususnya daripada biojisim kelapa sawit.