NATIONAL
Ekspedisi saintifik pertama ke Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah bermula 10 Mei

Sepanjang ekspedisi, pasukan penyelidik akan menjelajah ke pedalaman rizab bagi menjalankan tinjauan dan pengumpulan data biodiversiti secara sistematik di kawasan lapangan yang mencabar. - FOTO/ ASARTR
KUALA LUMPUR: Satu ekspedisi saintifik berskala besar akan dijalankan di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah yang merupakan kawasan perlindungan harimau pertama di Malaysia, bermula dari 10 hingga 16 Mei ini.
Ringkasan AI
- Ekspedisi saintifik terbesar akan dijalankan di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dari 10 hingga 16 Mei, melibatkan lebih 30 penyelidik tempatan.
- Inisiatif ini diterajui PTNP dengan kerjasama EMS dan disokong EU serta pelbagai organisasi antarabangsa, selari dengan SDG dan kerangka biodiversiti global.
- Data yang dikumpul akan dijadikan laporan saintifik untuk strategi pemuliharaan jangka panjang dan menambah inventori biodiversiti Pahang.
Selain itu, inisiatif ini turut selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerangka Biodiversiti Global Kunming–Montreal, serta Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan Malaysia.
‘’Lebih 30 penyelidik dan saintis akan menyertai ekspedisi selama seminggu, melibatkan pakar dalam bidang geologi, botani, kulat, lumut, burung, ikan air tawar, mamalia kecil, serangga, amfibia, reptilia dan labah-labah.
‘’Antara institusi yang terlibat termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),’’ kata kenyataan itu.
Menurut Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, ekspedisi ini menjadi asas kepada kerjasama antara kerajaan negeri, institusi pengajian tinggi dan organisasi awam dalam melindungi warisan alam semula jadi.
Sepanjang ekspedisi, pasukan penyelidik akan menjelajah ke pedalaman rizab bagi menjalankan tinjauan dan pengumpulan data biodiversiti secara sistematik di kawasan lapangan yang mencabar.
Majlis pelancaran ekspedisi dijadual berlangsung pada 10 Mei di Jerantut dan akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTNP, Zainal Abidin Othman.
Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, yang terletak dalam kawasan strategik Central Forest Spine, merupakan antara kawasan perlindungan terbaharu dan terpenting di Malaysia.
Ia berperanan penting dalam melindungi spesies terancam serta ekosistem hutan hujan tropika.
Sementara itu, maklumat yang diperoleh akan difailkan dalam bentuk laporan saintifik sekali gus menjadi rujukan utama bagi strategi pemuliharaan jangka panjang serta menambah kepada inventori biodiversiti negeri Pahang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami