awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo pelancongan julung kalinya secara dalam talian 22-23 Ogos ini

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
16/07/2020
03:38 MYT
Ekspo pelancongan julung kalinya secara dalam talian 22-23 Ogos ini
Ekspo pelancongan yang sebelum ini diadakan secara fizikal booth, kini diadakan secara atas talian dan booth maya buat julung kalinya buat pemain industri - Foto fail
Satu ekspo selama buat julung kalinya diadakan secara dalam talian di laman www.mytravelexpo.com bakal menghimpunkan pemain industri dalam menawarkan pakej percutian dan perkhidmatan mereka secara atas talian.
Penganjuran dua hari “Malaysia Virtual Travel Expo” mulai 22 Ogos ini dilihat sebagai satu inisiatif segera dalam membantu membina semula industri pelancongan domestik negara secara kreatif.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan E-Keusahawanan Maju dan Quinton Group sebagai penaja utama dan turut disokong oleh rakan strategik Majlis Pelancongan Malaysia dan Persatuan Bajet Hotel Malaysia (MyBHA).
Menurut Naib Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim pelanggan boleh mencuba pengalaman baru ini dalam merancakkan lagi pelancongan domestik.
Dalam masa yang sama jelasnya, pemain industri pelancongan boleh menggunakan peluang ini sebagai peluang jana semula pendapatan dan dalam masa yang sama memperkasakan pelancongan digital.
“Kalau sebelum pandemik COVID-19 melanda tidak ramai yang menceburi bidang pendigitalan, tetapi sekarang banyak platform sendiri yang dibina untuk pemain industri pelancongan boleh guna dalam memasarkan produk-produk pelancongan.
“Kepada pelanggan, kalau beli sekarang tak perlu bercuti sekarang pun tak mengapa, kerana melalui Malaysia Virtual Travel Expo ada hotel atau pakej yang dijual tanpa tarikh luput tertentu,” katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu menurut Pemangku Presiden Persatuan E- Keusahawanan Maju Jason Lim, pihaknya menawarkan pelbagai tawaran hebat pakej pelancongan serta hadiah istimewa untuk cabutan bertuah.
“Pelanggan boleh mendapatkan pautan yang disediakan di laman Facebook E-Keusahawan Maju pada tarikh ekspo berlangsung nanti, untuk menyertai ekspo tersebut secara maya,
"Selain pakej dan diskaun yang menarik, pelanggan juga boleh berinteraksi dengan usahawan pelancongan secara 'live chat' ketika ekspo berlangsung," kata Lim.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jason Lim
#koronavirus
#Malaysia
#Malaysia Virtual Travel Expo
#pandemik
#pelancongan
#Persatuan E-Keusahawanan Maju
#Quinton Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan