awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport durian PLS ke China dijangka melonjak

Bernama
Bernama
31/03/2019
20:14 MYT
Eksport durian PLS ke China dijangka melonjak
Memandangkan Kerajaan Malaysia sedang mempromosikan eksport durian sejuk beku, penanam durian tempatan dan pengeksport akan melihat peluang-peluang perniagaan yang besar. - Gambar fail
Usaha sama PLS Plantations Bhd dengan Greenland Group dari China telah memeterai perjanjian dengan empat pengedar buah-buahan di negara berkenaan membabitkan eksport serta penjualan produk dan buah durian.
Empat pengedar buah-buahan itu adalah Shanghai Yuandi International Trading Co Ltd, Shanghai Supply Chain Management Co Ltd, Shanghai Haoyuan Food Co Ltd dan Shanghai IVC Sun Supply Chain Management Co Ltd.
Pengerusi Eksekutif PLS Plantations Tan Sri Lim Kang Hoo perjanjian itu akan membolehkan durian Malaysia diedarkan dengan lebih mudah ke China.
"Yang lebih penting, ia akan menyumbang hasil kepada bahagian perniagaan durian PLS Plantations," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Majlis pemeteraian itu telah diadakan bersempena dengan "Minggu Kebudayaan Malaysia G-Hub 2019 - Pesta Durian" yang dianjurkan oleh Greenland Group dan PLS bertempat di Hab Perdagangan Komoditi Global Greenland.
PLS dan Greenland memulakan usaha sama mereka pada awal tahun ini.
Sejak usaha sama itu, ia telah membawa masuk banyak spesies durian popular dari Malaysia merangkumi D197 Musang King serta D24 Sultan King dalam bentuk produk sejuk beku, mengambil peluang daripada inisiatif "Satu Jalur, Satu Jalan" China.
PLS Plantations yang tersenarai di Bursa Malaysia terlibat dalam operasi pengurusan serta perladangan hutan dan ladang kelapa sawit.
Pada 31 Mac 2018, PLS Plantations mempunyai kira-kira 30,000 ekar kawasan penanaman kelapa sawit dan jumlah pengeluaran tandan buah segarnya (FFB) dijangka naik dua kali ganda pada tahun depan.
Kumpulan itu pada awal 2019 telah mengambilalih Dulai Fruits Enterprise Sdn Bhd, sebagai langkah untuk menceburi bidang perladangan durian, pengedaran, pengeluaran dan perniagaan yang berkaitan dengannya.
Menurut data perdagangan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, eksport durian ke China telah naik sebanyak 35 peratus secara purata setahun dan nilainya mencecah US$1.1 bilion (RM4.48 bilion) pada 2017, mencerminkan peningkatan ketara sejak sedekad lalu iaitu daripada US$243 juta (RM991.42 juta).
Pada Ogos tahun lepas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menandatangani satu protokol eksport dengan pihak berkuasa Pentadbiran Am Kastam China membabitkan buah durian sejuk buku.
Dengan protokol baharu ini, selain pes durian sejuk beku, eksport buah-buahan ke China juga dibenarkan. Sekarang ini, eksport buah durian beku ke China masih menunggu kelulusan oleh pihak berkuasa.
Memandangkan Kerajaan Malaysia sedang mempromosikan eksport durian sejuk beku, penanam durian tempatan dan pengeksport akan melihat peluang-peluang perniagaan yang besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#durian
#eksport
#greenland group
#kerjasama
#permintaan durian
#PLS plantations
#raja buah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan