awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Kerajaan sudah sedia pastikan bekalan makanan tidak terjejas

Bernama
Bernama
17/06/2014
11:45 MYT
El Nino: Kerajaan sudah sedia pastikan bekalan makanan tidak terjejas
El Nino boleh mengakibatkan kemarau panjang sehingga enam bulan diramal melanda negara ini mulai bulan ini.
Dewan Rakyat diberitahu hari ini, Kerajaan sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena El Nino terutama dalam memastikan bekalan makanan tidak terjejas.
Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, "dari segi bekalan beras, tanaman padi kita telah sediakan dengan pengairan dan sesetengah tempat penanaman (padi) kalau perlu tube well kita akan sediakan dan kita lakukan tindakan sebegini supaya ia tidak jejaskan pengairan di kawasan padi berkenaan.
"Semoga pengeluaran hasil padi dan beras tidak terjejas dan kalau terjejas pun kita waktu ini ada simpanan stok untuk lebih kurang 45 hari namun ia boleh ditingkatkan kepada empat hingga enam bulan bergantung kepada kuantiti yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai peranan dan inisiatif kerajaan dalam menjamin bekalan makanan asas mencukupi jika fenomena El Nino melanda negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.
Mengenai bekalan sayur pula, Tajuddin menjelaskan ia dijangka tidak terjejas kerana kebanyakan daripadanya ditanam di kawasan tanah tinggi yang memiliki sumber air bawah tanah yang banyak.
Menjelaskan mengenai bekalan ayam daging, beliau berkata: "ia tiada masalah kerana kita mengeluarkan daging ayam lebih daripada keperluan kita hari ini contohnya pada musim perayaan kira-kira 1.7 juta hingga dua juta ayam dikeluarkan setiap hari...telur juga tiada masalah".
El Nino boleh mengakibatkan kemarau panjang sehingga enam bulan diramal melanda negara ini mulai bulan ini.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#El Nino
#Parlimen
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan