awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Tanaman, sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
13/02/2024
08:11 MYT
El Nino: Tanaman, sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) melawat gerai makanan ketika menghadiri lawatan kerja ke projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House Industry Sdn Bhd di Megah Industrial Park, hari ini. - BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan keadaan tanaman dan sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas setakat ini biarpun negara sedang berdepan dengan cuaca panas dan fenomena El Nino.
Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan pada masa sama meminta petani, nelayan dan penternak mengambil langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik terutama ketika bekerja di lapangan.
Pada masa sama, Mohamad berkata pihak kementeriannya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada minggu depan, bagi membincangkan persiapan negara dalam menghadapi fenomena El Nino.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#El Nino
#sumber bekalan makanan tempatan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan