SEREMBAN: Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di sekitar rumah kedai di Seremban 2, di sini, tengah malam tadi.
Pengarah JIMNS Kennith Tan Ai Kiang berkata wanita berusia 35 tahun dari Myanmar itu cedera di bahagian kepala dan difahamkan dia berada dalam keadaan mabuk sebelum bertindak sedemikian akibat cemas apabila menyedari serbuan dilakukan pihak penguat kuasa.
Beliau berkata wanita itu merupakan sebahagian daripada 110 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan, masuk tanpa suatu pas yang sah di bawah Seksyen 6(1) (c) akta sama.
"Semasa operasi dijalankan terdapat segelintir warga asing di lokasi tersebut melarikan diri dengan memanjat ke bumbung bangunan tiga tingkat tersebut serta menyorok di dalam siling rumah. Mereka ini akan di bawa ke Depot Imigresen Lenggeng untuk saringan dan siasatan lanjut.
"Kita mendapati dalam sebuah rumah dihuni tujuh hingga lapan warga asing dan setiap unit dibuat sesekat di setiap bilik, antara kesalahan dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan...mereka ini bekerja dalam pelbagai sektor di sekitar sini," katanya kepada pemberita selepas Operasi Mega JIMNS di sini hari ini.
Tan berkata seramai 314 anggota digerakkan dalam operasi itu dan telah memeriksa 628 warga asing di lokasi berkenaan.
Beliau berkata pemeriksaan melibatkan seramai 210 lelaki Bangladesh; 42 lelaki, 13 wanita, seorang kanak-kanak perempuan (Indonesia); 79 lelaki, 26 wanita, empat kanak-kanak perempuan (Myanmar); 206 lelaki Nepal; 26 lelaki India; 13 lelaki Pakistan dan lapan lelaki Sri Lanka.
"Umur paling muda adalah bayi perempuan berusia dua minggu dan lelaki berusia 51 tahun. Hasil siasatan dan risikan hampir dua minggu mendapati pemilik rumah memberi sewa kepada warga asing ini dengan kadar RM600-RM800 bagi sebuah rumah sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Tan (kanan, bawah) berkata seramai 314 anggota digerakkan dalam operasi itu yang telah memeriksa 628 warga asing di lokasi berkenaan. - Gambar/ Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Lelaki Myanmar miliki kad UNHCR palsu ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu.
Elak dicekup Imigresen, wanita warga asing tekad terjun bangunan
Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup Jabatan Imigresen di Seremban.