awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak ketirisan sumber negara - Pemangku Raja Perlis

Bernama
Bernama
26/05/2023
09:16 MYT
Elak ketirisan sumber negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda bertitah tanggungjawab itu bukannya mudah. tetapi perkara itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memahami kesan-kesan buruk ketirisan. -Gambar fail/Bernama
LANGKAWI: Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar berusaha mengelakkan berlakunya ketirisan sumber negara.
Baginda bertitah tanggungjawab itu bukannya mudah. tetapi perkara itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memahami kesan-kesan buruk ketirisan.
"Semua pihak mempunyai tanggungjawab moral masing-masing. Oleh itu wajar sekali nilai-nilai murni sejagat dan kesedaran keagamaan diterapkan secara berterusan ke dalam minda setiap anggota masyarakat," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia bertitah seluruh jentera kerajaan diseru bertindak dengan cekap dan bijaksana dalam menguruskan sumber-sumber dan keutamaan negara serta organisasi.
'Pembangunan sumber manusia tidak boleh diabaikan, malah perlu terus ditambah baik agar segala program dan projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan menepati matlamatnya.
"Pada masa yang sama kerjasama lebih erat dan inisiatif daripada semua pihak, termasuk sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan diperlukan untuk merancakkan lagi agenda pembangunan negara kita," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Raja Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#ketirisan
#sumber negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan