awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan

Bernama
Bernama
29/03/2023
23:20 MYT
Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Individu yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan juga harus mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap ikan tersebut. - Gambar fail/ Pixabay
KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis ikan itu mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan berkata individu yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan juga harus mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap ikan tersebut.
Beliau berkata pengguna yang membeli ikan secara dalam talian terutama dalam bentuk filet perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.
"Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, serta ovarium dan bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.
"Ini kerana tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi...racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan," katanya.
Orang ramai juga dinasihati agar segera mendapatkan rawatan daripada pusat perubatan jika mengalami gejala keracunan seperti mual, muntah atau lemah otot dalam tempoh 30 minit hingga dua jam setelah makan ikan buntal.
Menurut statistik DOF, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada 2020 adalah sekitar 1,337 tan dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).
Ikan buntal yang biasa ditangkap adalah daripada spesies Lagocephalusia iaitu ikan buntal pisang, antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), dan buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris).
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon dilapor berkata seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal.
Difahamkan pasangan yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang, Johor itu mendapatkan bekalan daripada penjual secara pratempahan menerusi laman Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan buntal
#Facebook
#unit rawatan rapi
#jabatan perikanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan