awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak sentimen asabiyah dalam mengembangkan Islam - Wan Azizah

Bernama
Bernama
01/07/2018
10:52 MYT
Elak sentimen asabiyah dalam mengembangkan Islam - Wan Azizah
DR WAN AZIZAH: Orang lain tidak akan tertarik kepada keindahan Islam jika para pendakwah sendiri keliru di antara perjuangan memurnikan akidah dengan sentimen asabiyah. - BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini mengingatkan para pendakwah supaya mengelak daripada mewujudkan jurang sesama manusia dalam usaha mengembangkan agama Islam di negara ini.
Beliau berkata ini kerana orang lain tidak akan tertarik kepada keindahan Islam jika para pendakwah sendiri keliru di antara perjuangan memurnikan akidah dengan sentimen asabiyah.
"Kepetahan bercakap sahaja tidak akan menjadikan dakwah kita berkesan jika akhlak kita tidak menunjukkan teladan yang baik," katanya dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Hari Raya Harmoni 2018 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia di sini hari ini.
Dr Wan Azizah berkata pendakwah juga digalakkan menggunakan kata-kata hikmah yang baik dan mengganggap risalah yang disampaikan sebagai peringatan untuk diri sendiri.
"Jangan pula dalam kita menyampaikan risalah Islam kita hanya menyangka orang lain yang perlu diberi peringatan, tetapi lupa untuk mengingatkan diri kita," katanya.
Dr Wan Azizah turut mengingatkan umat Islam agar mengikuti ajaran Islam daripada Rasulullah S.A.W dan bukan sekadar Islam pada ritual serta adat kumpulan atau bangsa tertentu.
Sementara itu, pada majlis sama turut disampaikan kerusi roda kepada beberapa saudara baharu yang memerlukan bantuan tersebut.
Kira-kira 5,000 tetamu hadir di majlis tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#asabiyah
#Islam
#pendakwah
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan