KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Menterinya Hannah Yeoh berkata 307 atlet dan 86 atlet para yang berada di bawah program berkenaan sekali gus menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Beliau berkata mereka bakal menandatangani kontrak selama dua tahun bermula bulan ini.
"Carumannya sebanyak 11 peratus bagi pihak atlet dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) 13 peratus...atlet kita minta ada jaminan untuk mereka, jadi kita telah sampaikan serta tunaikan hasrat itu dan saya mahu atlet tunaikan hasrat rakyat Malaysia dapatkan pingat emas Olimpik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 2024 di MSN di sini hari ini.
Hannah berkata langkah itu bakal memberi impak kewangan berjumlah RM16 juta setahun kepada MSN.
Dalam pada itu, beliau berkata KBS juga telah meminta MSN untuk mengkaji semula elaun jurulatih menerusi Skim Jurulatih Kebangsaan.
"Kita sudah ada beberapa bengkel dan MSN akan koordinasi, kita kena bentang kepada jawatankuasa MSN sebelum melaksanakan apa-apa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hannah berkata KBS bakal mengadakan temasya sukan yang terbuka kepada atlet veteran dan orang ramai pada tahun ini untuk memberi peluang kepada semua meneruskan minat tanpa mengira usia.
"Kalau kita mahu Malaysia menjadi negara bersukan, kita kena adakan acara seperti ini untuk teruskan minat mereka dalam sukan kerana kalau tidak hanya golongan muda sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan kepada Atlet Kebangsaan Tahun 2024 di Majlis Sukan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia
Langkah diambil bagi memberi tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.
Solidariti Gaza: Malaysia bantuan 818 pelajar Palestin, tanggung yuran pengajian di IPTA
Kerajaan bersetuju membantu 818 pelajar Palestin yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini.
UniMAP biaya pengajian, elaun kepada siswazah Palestin sambung pengajian sarjana
Mohanad berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik selama empat tahun pada peringkat Sarjana Muda.
Anwar tolak kemudahan bertaraf menteri
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan.
Salahuddin setuju cadangan potong elaun MP tidak hadir
Timbalan Presiden Amanah itu berkata, tindakan itu boleh diambil jika Ahli Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.