awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniMAP biaya pengajian, elaun kepada siswazah Palestin sambung pengajian sarjana

Bernama
Bernama
24/11/2023
00:15 MYT
UniMAP biaya pengajian, elaun kepada siswazah Palestin sambung pengajian sarjana
Tuanku Syed Faizuddin beramah mesra dengan Mohanad (kanan) sambil diperhatikan oleh Zaliman pada satu majlis selepas tamat sidang ketiga Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP, baru-baru ini. - Foto Unit Foto Istana Arau
KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membiayai yuran pengajian serta memberikan elaun bulanan kepada seorang siswazah dari Palestin yang ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di universiti itu.
UniMAP dalam satu kenyataan memaklumkan, Mohanad B.A Qubtan, 22, berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik selama empat tahun pada peringkat Sarjana Muda.
Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli menyerahkan surat tawaran peringkat Sarjana itu kepada Mohanad dalam satu majlis ringkas selepas tamat sidang ketiga Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP, baru-baru ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan Canselor UniMAP, berkenan menyaksikan sesi penyerahan surat tawaran berkenaan.
"Dia (Mohanad) turut memaklumkan kepada Tuanku Raja Muda Perlis rasa syukur kerana kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UniMAP di bawah naungan baginda prihatin dengan pelajar Palestin yang menuntut di negara ini.
"Selain (itu) berharap adiknya juga dapat melanjutkan pengajian di UniMAP memandangkan universiti tempat adiknya menuntut di Gaza sudah musnah dibom," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, selama tempoh empat tahun belajar di UniMAP, Mohanad tidak pulang ke Gaza, Palestin bagi memberikan tumpuan kepada pelajaran di samping menghadapi kekangan kewangan.
"Pendidikan adalah kaedah terbaik bagi mengatasi segala permasalahan dan marilah kita sama-sama mendoakan Palestin kembali aman dan Mohanad dapat pulang bertemu keluarganya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UniMAP
#biaya pengajian
#siswazah Palestin
#elaun bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan